resepi roti kukus

Sesiapa yang suka sarapan atau minum petang dengan roti, mesti seronok jika dapat tahu ada resepi Roti Kukus yang sangat mudah.

Roti Kukus adalah sejenis roti yang biasanya diperbuat daripada tepung gandum, disediakan dengan cara mengukus dan ia tak sama seperti roti lain yang dibuat dengan cara membakar.

Anda boleh cuba resepi Roti Kukus dengan mengikut langkah demi langkah dalam video yang dikongsikan oleh Liana Ana di Lemon8 ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Roti Sosej Kukus Guna 5 Bahan, Tak Goreng Pun Tetap Lembut Dan Gebu

RESEPI ROTI KUKUS

resepi roti kukus

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, campurkan air suam, susu pekat, yis, perisa pandan dan pewarna hijau ke dalam mangkuk, kemudian kacau sehingga sebati dan biarkan selama 10 minit.

2. Selepas itu, guna mangkuk lain dan campurkan tepung gandum, minyak masak dan adunan tadi.

3. Uli sekejap sehingga tepung tak melekat pada tangan, kemudian rehatkan doh selama 20 minit.

resepi roti kukus

4. Tumbuk sedikit untuk buang angin, kemudian bahagikan doh kepada 6 bahagian dalam bentuk bulat, leperkan dan letak inti kacang merah, kemudian bentukkan semula jadi bulat.

resepi roti kukus

5. Biarkan lagi 20 minit sebelum kukus, kemudian kukus selama 25 minit. Siap untuk dinikmati!

resepi roti kukus

Resepi Roti Kukus ini sesuai buat mereka yang kali pertama membuat roti, daripada tak pandai terus jadi pandai buat tau.

Ramai orang yang cuba buat resepi Roti Kukus di rumah kerana bukan setakat lembut dan gebu, malah bertambah sedap bersama intinya.

Anda boleh jadikan Roti Kukus ini sebagai sarapan atau minum petang buat seisi keluarga di rumah dan kami yakin mereka akan puas memakannya.

Selamat mencuba!

Sumber: Liana Ana

Baca juga: Resepi Roti Goreng Tanpa Serap Minyak, Sedap Dibuat Sebagai Sarapan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN