Ramai yang ingin merealisasikan azam tahun baharu 2025 untuk mengamalkan pemakanan sihat dengan cara berdiet. Oleh itu, anda perlu tahu tentang menu diet suku suku separuh.
Terma suku suku separuh sebenarnya adalah satu konsep pemakanan yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam program Pinggan Sihat Malaysia.
Lebih mudah untuk faham, anda perlu bahagikan pinggan kepada 3 bahagian:
- Suku pinggan dengan sumber karbohidrat.
- Suku pinggan dengan sumber protein dan lemak.
- Separuh pinggan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Jika anda ingin makan nasi, maka suku pinggan adalah nasi, suku lagi untuk lauk dan separuh adalah sayur serta buah.
Ramai yang suka gunakan konsep suku suku separuh ini kerana ia memudahkan kehidupan seharian untuk membuat pembahagian makanan dalam pinggan ketika makan.
Buat yang ingin berdiet tapi tak tahu bagaimana untuk memulakannya, anda boleh gunakan konsep ini dalam pemakanan seharian kerana lebih terjamin khasiatnya.
Baru-baru ini, Nurha Muhammad telah kongsikan beberapa menu diet suku suku separuh di Facebook yang sangat menarik perhatian ramai. Jom kita tengok senarainya!
Baca juga: Menu Bajet RM50 Untuk Seminggu, Semua Sedap Dan Mudah Dibuat!
SENARAI MENU DIET SUKU SUKU SEPARUH
1. Ikan Singgang.
2. Ayam Bakar dan Sayur Campur.
3. Spaghetti Aglio Olio bersama Salmon Panggang dan Sos Pesto.
4. Ikan Bakar dan Sayur Campur.
5. Ikan Bakar Sambal.
6. Salmon Panggang.
7. Nasi Goreng Sihat.
8. Chicken Wrap.
9. Pasta Pesto.
10. Kerabu Suhun.
11. Overnight Rolled Oat.
12. Nasi Goreng Cili Kering.
Buat pengetahuan anda, menu diet suku suku separuh ini sangat sesuai untuk mereka yang baru mula nak diet tapi tetap ingin makan sedap.
Nak capai azam tahun baharu bukanlah mudah, namun ia tak mustahil jika ada usaha dan tekad. Bukan saja dapat kuruskan badan, malah kesihatan badan pun lebih terjaga dengan menu ini.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, Nurha Muhammad
Baca juga: Idea Menu Bekal ‘Jimat Poket’ Ke Tempat Kerja Mengikut Hari, Seminggu Makan Sedap!