tanda telur rosak

Kes mengenai telur rosak kini sedang tersebar meluas di platform media sosial, apatah lagi pihak berkuasa dan pakar kesihatan juga telah menegah orang ramai agar berhati-hati tidak memakan telur yang sudah rosak.

Banyak kesannya jika memakan telur rosak atau yang sudah tamat tempoh ini, disebabkan itulah pakar kesihatan menegah sekeras-kerasnya agar orang ramai tidak memandang remeh terhadap isu ini.

Jika tidak mengambil serius d

Kesan Makan Telur Rosak Dan Tamat Tempoh

Kesan memakan telur yang sudah rosak dan tamat tempoh akan memberi mudarat pada kesihatan diri dan keluarga, ianya perlu di pandang serius apatah lagi memakan telur rosak ini akan membuatkan diri mengalami perkara di bawah:

  • Mengalami cirit-birit
  • Sakit perut berpanjangan
  • Deman
  • Muntah dan loya
  • Serta boleh menyebabkan kematian

Telur yang sudah rosak biasanya tercemar dengan pelbagai jenis bakteria khususnya bakteria salmonella, yang boleh menjejaskan kesihatan dalaman.

Kenali Tanda-Tanda Telur Rosak

Menerusi perkongsian di laman Facebok Public Health Malaysia, terdapat tujuh tanda yang boleh orang ramai kenalpasti telur yang sudah rosak dan tamat tempoh.

  1. Kulit telur berdebu, menunjukan pembentukan kulat
  2. Keluar bau hanyir dan busuk
  3. Lihat di bekas telur sudah melebihi tarikh tamat tempoh
  4. Apabila pecahkan telur, warna putih telur berubah
  5. Kulit telur berlendir, menunjukkan terdapat kuman dan bakteria
  6. Telur terapung di atas air, menunjukan telur tersebut telah lama
  7. Kulit telur menjadi retak

Kredit: Public Health Malaysia

Baca juga: Tips Pilih Ketam Berisi & Penuh Telur, Baru Berbaloi Beli!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN