Setelah siap menyediakan lauk, semestinya anda nak sempurnakan hidangan dengan sayur pula. Oleh itu, kami cadangkan anda buat Sayur Campur Goreng yang mudah ini.
Sayur Campur Goreng adalah sayur kesukaan rakyat Malaysia yang sering dihidangkan di restoran masakan Cina. Selain itu, anda boleh jumpa sayur ini di kedai nasi campur juga.
Bahan yang wajib ada dalam hidangan sayur ini adalah kobis bunga, lobak merah, putik jagung dan sos tiram. Namun, anda boleh mengubahnya mengikut citarasa sendiri.
Melalui perkongsian resipi oleh Didapuryana di Lemon8, cara memasak hidangan sayur ini sangat ringkas tapi sedap dan cukup menyelerakan. Jom kita cuba!
Baca juga: Tips Simpan Sayur Kekal Segar Dalam Peti Sejuk, Tahan Walau Berminggu!
RESIPI SAYUR CAMPUR GORENG
Bahan-bahan:
- Bawang putih
- Bawang holland
- Fishball
- Lobak merah
- Sos tiram
- Air
- Kubis bunga
- Brokoli
- Cili merah
- Garam
- Serbuk perasa
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, tumis bawang putih dan bawang holland sehingga naik bau.
2. Selepas itu, masukkan fishball dan masak sebentar.
3. Masukkan lobak merah, sos tiram dan sedikit air, kemudian masak sebentar.
4. Masukkan kubis bunga, brokoli dan cili merah, kemudian masak sehingga sayur separuh lembut.
5. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika perlu. Siap untuk dihidang!
Jika tiada idea hidangan sayur pada hari ini, buat saja Sayur Campur Goreng ini. Walaupun masakan ringkas, tapi kelazatannya tak disangkal lagi.
Hidangan sayur ini tak pernah mengecewakan dan sentiasa disukai ramai kerana bukan saja cepat siap, malah ia sangat sesuai dijadikan sebagai bekal ke pejabat juga.
Buat pengetahuan anda, resipi ini boleh digunakan sebagai lauk juga dengan hanya campurkan bahan seperti isi ikan, ayam, udang, sotong dan lain-lain.
Setelah siap hidangan sayur ini, anda akan dapat merasai kenikmatan makan sayur yang rangup bersama simbahan sos tiram yang mampu membuatkan selera lebih terangkat.
Selamat mencuba!
Sumber: Didapuryana
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Petua Sayur Goreng Kekal Hijau, Hasil Cantik Dan Tak Layu!