Seorang pengguna laman sosial Facebook, saudari Syalfarina Razali, berkongsi resepi sambal ikan yang memang sedap dan mantap. Menurutnya, resipi ini diajar oleh ibunya sehingga dia pandai memasaknya.
Bukan itu sahaja, kesedapan sambal ini membuatkan ramai yang meminta untuk menempah bagi kenduri dan jamuan. Tak menang tangan dibuatnya!
Dia juga tidak kedekut untuk berkongsi resipi sambal ini dengan pengikutnya di laman sosial Facebook. Jika ada yang berminat, jom lihat resipi penuh yang dikongsikan di bawah.
Baca juga: Rahsia Sambal Tumis Sedap, Kurang Pedas & Warna Cantik, Confirm Menjadi!
RESEPI SAMBAL IKAN SEDAP DAN PADU
Bahan-bahan:
- 6 ekor ikan cencaru saiz sederhana (goreng dengan serbuk kunyit dan garam)
- 12 biji bawang merah kecil (hiris atau blend)
- 6 ulas bawang putih (hiris atau blend)
- 3 senduk kecil cili kisar
- Minyak untuk menumis (gunakan minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan)
- ½ labu bawang holland (hiris atau blend)
- 1-2 sudu air asam jawa
- Gula melaka asli (untuk rasa manis, ikut selera)
- Garam dan perasa (secukup rasa)
Cara-cara:
- Hiris atau blend 12 biji bawang merah kecil dan 6 ulas bawang putih. Bawang merah kecil lebih manis dan menjadikan sambal lebih manis secara semulajadi, jadi tak perlu banyak gula.
- Panaskan minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan, kemudian tumis bawang hiris hingga naik bau.
- Bila bawang dah kuning dan harum, masukkan 3 senduk kecil cili kisar. Tingkatkan sedikit api.
- Setelah cili garing, tambah sedikit air dan biarkan sambal mereneh 2-3 kali. Perlahankan api jika perlu. Setelah sambal agak kering, tambah lagi sedikit air dan teruskan mereneh. Masukkan setengah labu bawang Holland yang dihiris (atau blend). Bawang Holland akan memberikan rasa manis dan kelembutan pada sambal.
- Masukkan 1-2 sudu air asam jawa untuk rasa masam yang segar.
- Untuk rasa manis, tambahkan gula melaka asli. Gula melaka memberi rasa lemak-lemak pada sambal. Tambahkan garam dan perasa mengikut selera.
- Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan renehkan seketika agar sambal meresap ke dalam ikan.
Sumber: Syalfarina Razali
Baca juga: Resipi Sambal Telur Mata Ringkas Tapi Sedap, Warna Pun Merah Elok!