salad buah lemak berkrim

Jom buat Salad Buah Lemak Berkrim seperti dalam gambar di atas. Bukan sahaja sedap, malah menu ini mempunyai kandungan gizi dan vitamin yang berkhasiat untuk tubuh badan. 

Baca juga: Air Buah Naga Laici, Sekejap Je dah Habis Licin, Boleh Sejukkan Badan Sekali

Ia juga sering dijadikan pilihan untuk dimakan pada waktu malam kerana ia tidak terlalu berat tetapi masih mampu mengenyangkan perut. Nak buatnya pun mudah je, hanya ikut perkongsian oleh Cik Puan Marimar Mas ini. Mudah, sedap dan kenyang!


RESIPI SALAD BUAH LEMAK BERKRIM

 

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Fruit Cocktail (Jenama apa pun boleh)
  • Susu Pekat
  • Cheddar Cheese
  • Nestle Cream (Mesti ada baru sedap)
  • Corn Kernel (Bukan Cream Corn tau)
  • Buah-buahan segar (Terpulang nak letak buah apa, lagi banyak lagi sedap)
Cara-cara penyediaan:
1. Potong dan kupas buah
Mula-mula sekali basuh semua buah yang baru dikeluarkan dari peti ais dan potong mengikut saiz kesesuaian mulut korang.
Kalau macam longan tu korang kupas kulit dia dulu dan buang biji kat dalam tu, kang tak pasal-pasal makan tercekik biji pulak.
2. Potong cheddar cheese
Seterusnya potong cheddar cheese secara mendadu.
3. Tapis fruit cocktail dan corn kernel
Keluarkan fruit cocktail dan corn kernel dari dalam tin dan buangkan airnya.
4. Gaul krim
Sekarang campurkan Nestle Cream, Cheddar Cheese dan susu pekat tu bersama dan gaul. Kuantiti Nestle Cream tu boleh agak-agak dengan kuantiti buah-buahan korang. Tapi untuk cheddar cheese tu kalau bubuh banyak pun lagi sedap
Bagi yang bertanya, Nestle Cream ni boleh jumpa dekat pasar raya. Susu pekat ni pulak boleh letak dalam 2 atau 3 sudu teh je tau, atau mengikut kemanisan mulut korang.
5. Masukkan buah
Kemudian masukkan semua buah-buahan dan kacau sebati.
6. Sejukkan dalam chiller
Bila dah siap gaul, letak dalam bekas yang bersesuaian dan simpan dalam peti ais untuk dimakan sejuk-sejuk. Baru sedap!
salad buah

Senang kan? Berbanding makan kek atau manisan, eloklah kalau sediakan salad buah-buahan macam ni. Secara tak langsung boleh galakkan anak makan buah jugak.
Memang sihat, lazat dan rasa buahnya segar serta menyejukkan tekak. Rasanya pun cukup special, lain daripada lain! Selamat mencuba.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN