Seorang pengguna Facebook, Muhammad Ali ada berkongsikan cara membuat puding laici 1 layer hasil resipi dari ibu beliau.

Difahamkan puding laici seperti ini mengimbau zaman 90an. Mungkin mak-mak pada zaman itu sangat suka buat puding sebegini.

Resepi ni sangat-sangat mudah, satu layer sahaja, boleh buat dalam kuantiti yang banyak sebab confirm tak cukup.

Resipi Puding Laici 1 Layer

puding laici 1 layer

Bahan-bahan:

  • 12 gram agar-agar tali (Agar2 tali ni bagus tau sebab dia stabil elok dan tak terlalu lembik)
  • 6 cawan air (1 cawan air : 250ml)
  • 1 tin laici
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan gula
  • 3 biji telur gred B  kalau gred A pakai 2 biji je)
  • 2 sudu makan tepung kastard + dibancuh dengan 3 sudu makan air
  • 1 sudu kecil essen vanila
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara:

  1. Basuh dulu agar-agar tali dan dalam periuk letakkan 6 cawan air + 12 gram agar – agar tali. Biarkan dalam 5-6minit atau sampai mendidih, kacau2 perlahan, api pasang perlahan.

  2. Selepas itu masukkan 1 cawan gula. Biarkan gula larut dulu sambil kacau.

  3. Bila dah larut, masukkan air sahaja dari 1 tin air laici tadi. Jangan masukkan buah dia dulu. Kacau sebati.

  4. Sementara itu pecahkan 3 biji telur, kacau sebati dan masukkan bersama sama 1 tin susu cair.

  5. Masukkan 1 sudu kecil essen vanila + 1 sudu kecil garam. Kacau biar sebati. Ketepikan.

  6. Dalam bekas yang lain , masukkan 2 sudu makan tepung kastard dan bancuh bersama- sama 3 sudu makan air. Kacau sebati dan masukkan ke dalam telur yang dah dikacau dengan susu cair tadi.

  7. Kacau sebati dan masukkan kedalam air agar-agar.

  8. Kacau perlahan2 selama 6-8 minit pada api yang perlahan.
  9. Dah mendidih masukkan buah laici tadi kacau dalam 10 saat je kemudian tutup api. Masukkan kedalam acuan / loyang.

  10. Masa mendidih tu masukkan laici tadi. Kacau jap dalam 10 saat terus tutup api.

    puding laici 1 layer

  11. Masukkan kedalam acuan atau loyang.

  12. Jangan terus masukkan dalam peti, biarkan diluar dulu selama 40 minit baru masukkan dalam peti dan sejukkan selama 3 jam.
  13. Bila dah sejuk, boleh potong dan makan. Selamat mencuba!

    puding laici 1 layer

Kredit: Muhammad Ali

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending