Cara masak ayam goreng dengan sos Thai ini sangat mudah untuk dicuba. Jika anda tidak tahu apa yang mahu dimasak menggunakan ayam, simpan resipi ini sebagai rujukan kelak.

Resipi ini juga sesuai untuk anda yang ingin mencuba kelainan. Asyik-asyik ayam masak kicap atau ayam goreng, kadang-kadang boleh membuatkan kita rasa bosan, bukan?

Bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba, anda boleh merujuk resipi lengkap yang dikongsikan oleh Encik Khairul Kahimin Muhammad di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Ayam Percik Guna Air Fryer, Cara Mudah Tapi Terlajak Sedap!

CARA MASAK AYAM GORENG TIRAM SOS THAI

Bahan perapan ayam:

  • 2 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap pekat manis
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 biji perahan limau nipis
  • Sedikit garam

Bahan sos:

  • Baki perapan ayam
  • 1-2 cawan sos thai
  • 1 labu bawang putih (dalam 10 ulas)
  • 2 biji cili padi merah
  • 2 biji cili padi hijau
  • 3-5 helai daun limau purut
  • 3 sudu besar gula Thai
  • 2 akar ketumbar
  • 1 cekak daun ketumbar

Cara-cara:

1. Satukan sos tiram, kicap manis, perahan limau, serbuk kunyit dan garam. Kacau rata.

2. Gaul ayam dengan bawang putih dan bahan perapan tadi. Gaul sehingga rata pada keseluruhan ayam.

cara masak ayam goreng

3. Goreng ayam sehingga masak. Balik-balikkan, memang nampak gelap sikit sebab pakai kicap.

4. Bila ayam dah masak, angkat dan ketepikan.

5. Panaskan kuali lain, tuang baki bahan perapan dan sos cili Thai.

6. Masukkan juga bawang putih, cili padi, daun limau purut dan akar ketumbar.

7. Dah mendidih, masukkan gula thai dan kacau rata.

8. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi ke dalam mangkuk.

9. Tuang sos dan taburkan daun ketumbar yang dicincang.

cara masak ayam goreng

10. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

cara masak ayam goreng

Kredit resipi dan gambar: Khairul Hakimin Muhammad

Baca juga: Resipi Ayam Madu Sedap Menjilat Jari, Rasa Sebiji Ala Kedai Mamak

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending