Buah naga antara buah yang terkenal dan digemari ramai. Bukan saja kerana bentuknya yang menarik, tapi juga banyak manfaat buat kesihatan.
Mungkin ramai yang sudah biasa makan buah ini, tapi tahukah anda ada dua jenis buah naga iaitu merah dan putih?
Walaupun kedua-duanya nampak serupa, namun ada perbezaan dari segi warna, rasa dan kandungan nutrisi.
Dalam artikel ini, kita akan tengok apakah beza antara kedua-dua buah ini serta manfaat kesihatan yang ada di dalamnya.
Baca juga: Cara Pilih Buah Manggis Manis & Banyak Isi, Confirm Tak Menyesal Ikut Tip Ini!
BEZA BUAH NAGA MERAH DAN PUTIH
1) Warna
Isi buah yang berwarna merah disebabkan oleh pigmen yang dipanggil betalain. Pigmen ini juga terdapat dalam bit dan beberapa jenis bunga. Pigmin ini yang memberi warna merah atau ungu pada buah.
Rasa buah yang warna merah lebih manis dan sedikit masam. Sebaliknya, buah yang warna putih tiada atau mengandungi sedikit sahaja betalain. Sebab itu isinya berwarna putih. Buah ini rasa lebih tawar berbanding yang merah.
2) Kandungan Nutrisi
Walaupun kedua-duanya mengandungi vitamin C, serat dan antioksidan yang baik untuk kesihatan, buah naga merah mengandungi lebih banyak antioksidan.
Pigmen betalain yang terdapat dalam isi buah merah ini juga mempunyai manfaat sebagai antioksidan yang boleh melawan kerosakan sel dalam tubuh.
3) Manfaat Kesihatan
Kedua-dua jenis buah ini juga membantu melancarkan sistem pencernaan, menurunkan kolesterol, meningkatkan imuniti dan menjaga berat badan. Jadi, kedua-duanya sangat baik untuk kesihatan kita.
Secara ringkasnya, kalau nak rasa yang manis dan sedikit masam, pilih buah naga merah. Kalau suka rasa yang lebih tawar dan ringan, buah naga putih adalah pilihan yang tepat!
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Baca juga: AWAS! Elak Makan 7 Jenis Buah Ini Malam-Malam, Jadi Penyebab Masalah Ini…