episod kedua dapur tempur selebriti

Minggu lepas kita dapat saksikan peserta Dapur Tempur Selebriti, kumpulan Mok Strong (Achey & Anne), serta kumpulan 50-50 (Ain Edruce & Amirul) bertarung untuk memenangi hati juri menerusi cabaran ‘Misteri Ke?’.

Dalam cabaran ini, duo selebriti perlu memilih bakul misteri untuk dijadikan hidangan. Achey dan Anne mendapat telur, epal dan asparagus. Manakala, Ain Edruce dan Amirul mendapat dada ayam, zucchini dan mangga.

Baca juga: Baru Episod 1, Gelagat 2 Pasangan Peserta Di ‘Dapur Tempur Selebriti’ Bikin Kecoh Habis!

Disebabkan kedua-dua pasangan jarang memasak makanan barat, jadi pelbagai aksi serta gelagat lucu yang ditampilkan menyebabkan dapur semakin kecoh!

Namun, tuah menyebelahi Ain Edruce & Amirul, apabila dinobatkan sebagai juara mingguan bagi episod satu dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000 serta barangan tajaan Prego dan Vinda selama setahun.

Episod Kedua Pula Menguji Kreativiti Duo Selebriti

episod kedua

Sementara itu, untuk episod kedua yang bakal disiarkan minggu ini, kumpulan suami dan isteri, Kerang (Shuib & Watie) pula akan bertempur dengan kumpulan anak dan ibu, Geng Pandai Masak Nasi (Bella Astilah & Mama Ina).

Cabaran minggu ini lebih menguji kreativiti peserta dalam menyediakan hidangan kerana ada satu peralatan masak yang sangat penting telah ditarik.

Bukan itu sahaja, saiz hidangan makanan juga dikatakan berbeza antara dua kumpulan. Satu kumpulan masak banyak sangat macam nak kenduri. Manakala, satu lagi kumpulan masak seperti ala-ala hotel makan sesudu!

episod kedua

Itu belum lagi ada yang merebus pasta sehingga hangit. Memang haru-biru suasana dapur episod kedua ini menerusi cabaran ’Macam Mana Ni?’. Tak sabar rasanya nak tengok reaksi para juri Chef Naem dan Michael Ang untuk episod kedua ini.

Nak tahu bagaimana kreativiti kedua-dua pasangan ini diuji, saksikan Dapur Tempur Selebriti episod 2 di TV9 setiap Sabtu jam 8.30 malam yang dihoskan oleh Fiza Frizzy.

Penonton juga berpeluang memenangi RM200 dengan menonton Dapur Tempur Selebriti setiap minggu melalui Peraduan Tonton & Menang!

Maklumat lanjut di laman media sosial rasmi TV9 Malaysia. Dapatkan juga perkembangan terkini di www.myresipi.com selaku Rakan Digital Rasmi.

Baca juga: Dapur Tempur 2023 Kini Berwajah Baharu, Selebriti Popular Bakal Buat ‘Havoc’

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN