sagu gula melaka resepi

Sagu gula melaka resepi mudah ini memang menjadi kegemaran ramai, sesuai dinikmati ketika cuaca panas. Lebih enak bila dinikmati sejuk-sejuk selepas keluar dari peti ais.

Bayangkan gabungan rasa lemak manis dari santan dan gula melaka, ditambah pula dengan tekstur sagu yang kenyal memang buat kita rasa nak lagi dan lagi.

Hidangan ini memang sesuai sangat untuk seisi keluarga. Kalau tetamu datang bertandang pun, bolehlah jamu mereka dengan hidangan ringkas yang menyelerakan ini.

Baca juga: Resipi Kuih Sagu Pandan, Kukus Macam Ini Memang Lembut Elok

SAGU GULA MELAKA RESEPI MUDAH

sagu gula melaka resepi

Bahan-bahan sagu:

  • 1 cawan sagu
  • 3 cawan air
  • ½ cawan gula
  • Perisa sirap (ikut selera)

Cara-cara buat sagu:

  1. Masak sagu hingga hilang warna putihnya.
  2. Tuang adunan sagu ke dalam loyang.
  3. Simpan dalam peti ais dan biarkan sejuk.

Bahan-bahan kuah:

Cara-cara buat kuah:

  1. Masak 1 ketul gula melaka dengan 1 cawan air hingga gula larut.
  2. Masak 1 kotak santan dengan ½ cawan air (kerana santan sangat pekat). Tambahkan sedikit garam untuk menaikkan rasa.
  3. Kaup sagu yang sudah sejuk ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah ke atas sagu.
  4. Makan sejuk-sejuk memang sedap. Selamat mencuba!

Kredit: Ramzie Saimian via Kongsi Resepi Ilmu Masakan (KRIM)

Baca juga: Resipi Kuih Sagu Merah Paling Senang, Tak Perlu Masak Dulu Baru Kukus

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN