Nakkan idea gunakan cheese untuk buat kuih raya?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tat Nanas Cheese

Nakkan idea gunakan cheese untuk buat kuih raya?

BAHAN-BAHAN
    Tat nanas:
  • 3 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 250g mentega
  • 2 sudu besar gula castor
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 biji kuning telur
  • 1/4 sudu kecil garam
  • Jem nanas
  • Topping:
  • 1 biji kuning telur
  • 1/4 sudu kecil pewarna kuning
  • 1 sudu kecil air
  • Cheddar parut
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan ketuhar dengan suhu 150°C.
    2. Gaul tepung gandum, tepung jagung, dan tepung kastard.
    3. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
    4. Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam, dan gaul hingga sebati.
    5. Gaulkan bersama campuran tepung.
    6. Sejukkan doh selama 10 minit untuk memudahkannya digentel.
    7. Ambil secubit doh dan gentel menjadi bentuk bulat.
    8. Leperkan, masukkan jem nanas, dan gentel tat menjadi bulat semula.
    9. Susun di atas dulang yang dialas dengan Glad Cook & Bake Non-stick Paper.
    10. Bakar selama 15 minit hingga separuh masak.
    11. Gaul kuning telur, pewarna kuning, dan air. Sapukan ke atas tat nanas.
    12. Tabur dengan Cheddar parut.
    13. Bakar selama 20 minit.
    14. Siap untuk dihidang!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN