Akok

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Akok?


Bahan-bahan diperlukan:

  • ½ cawan air 
  • ½ cawan gula melaka/ gula merah 
  • 3 helai daun pandan  (Dikoyak dan simpul) 
  • 1 cawan santan 
  • 5 biji telur 
  • 4 sudu makan tepung gandum (Diayak) 
  • Sedikit garam 
  • Sedikit minyak masak

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masakkan air bersama gula melaka dan daun pandan sehingga mendidih. Padamkan api dan tapiskan. 
  2. Masukkan santan dan garam. Apabila sudah agak suam, masukkan telur dan tepung. Kacau rata sehingga sebati. Tapiskan lagi. 
  3. Panaskan acuan mufin yang disapukan sedikit minyak di dalam oven pada suhu 180ºC menggunakan api atas dan bawah. 
  4. Tuangkan bancuhan dan bakar selama 10-12 minit. 
  5. Keluarkan dan hidangkan.

Leave a comment