Project Description

Tak pernah masak rendang? Langkah-langkah mudah ini bakal mengubah hidup anda!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rendang Ayam Minang

Tak pernah masak rendang? Langkah-langkah mudah ini bakal mengubah hidup anda!

BAHAN-BAHAN
  • 1 ekor ayam
  • 750ml santan
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun kunyit – dihiris halus
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar gula
  • 1 asam keping
  • Garam
  • Minyak untuk menumis
  • Pes rendang:
  • 2 sudu besar cili giling
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 1 biji buah keras
CARA PENYEDIAAN
    1. Blend kesemua bahan pes rendang.
    2. Tumis pes sehingga pecah minyak.
    3. Masukkan daun limau purut.
    4. Masukkan ayam dan masak lebih kurang 10 minit.
    5. Masukkan santan dan masak hingga kering.
    6. Masukkan kerisik, garam, gula, dan asam keping.
    7. Masukkan hirisan daun kunyit dan padamkan api.
    8. Hidang bersama lemang atau ketupat.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.