Harga Beras Terkini

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan peningkatan mendadak harga beras terkini dan ia meresahkan orang ramai terutama mereka yang berkeluarga sehingga membebankan kewangan mereka.

Umum mengetahui bahawa beras merupakan makanan ruji bagi rakyat Malaysia, maka kita harus mengambil berat tentang turun naik harga beras di negara kita.

Baca juga: Ketahui 3 Jenis Beras Yang Ada Di Pasaran, Nombor 3 Ini Paling Ramai Peminat!

Harga ditentukan berdasarkan jenama, gred dan jenis. Bagaimanapun, harga dikatakan meningkat dengan ketara sejak kebelakangan ini, dengan kenaikan itu mengejutkan orang ramai – menurut KPDN sendiri, beras import meningkat daripada RM33 kepada RM39.


INI PENJELASAN HARGA BERAS TERKINI 

Walaupun bulan ini agak kecoh di media sosial mengenai kenaikan harga secara mendadak, namun, anda tidak perlu panik.

Menurut Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan, Mohamed Sabu, harga beras tempatan negara masih mengikut standard dan beras import sahaja yang naik harga sebenarnya.

Harga beras tempatan masih kekal sejak tahun 2008 lagi. Bukan itu sahaja, malah ia yang terendah di rantau ini. Ada beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum harga itu dinaikkan. 

Apa Beza Beras Import Dan Tempatan?

beras import vs beras tempatan

Beras yang diimport ke dalam negara perlu melalui proses sebelum dibeli oleh pengguna. Dan setiap proses yang berlaku memerlukan kos sebelum selamat dibekalkan.

Berbeza seperti beras tempatan, dimana bekalan boleh didapatkan terus daripada pembekal. Semakin sedikit proses yang berlaku, maka harga yang diletakkan juga semakin berpatutan.

Harga Beras Terkini September 2023 di Malaysia

Berikut adalah harga beras terkini di Malaysia mengikut daerah dan juga gred beras.

harga beras terkini

Sekiranya anda mendapati peruncit meletakkan harga yang tidak sepatutnya, anda boleh melaporkan perkara tersebut.

Orang ramai diminta menghantar sebarang maklumat mengenai bekalan atau penipuan yang berlaku ke alamat emel [email protected] atau melalui talian 03-88701751/1748/1183

Untuk maklumat lanjut berkaitan harg beras terkini Malaysia, anda juga boleh melayari website Bahagian Pembangunan Industri Padi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), di pautan

Website: https://portalelesen.kpkm.gov.my/
Facebook: https://www.facebook.com/kpbkpkm


Baca juga: Kenali Warna Kod Beras Yang Ada Di Pasaran Malaysia, Baru Tahu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN