kuih talam pandan

Kuih talam pandan merupakan salah satu kuih tradisional yang masih digemari oleh orang ramai sehingga sekarang. Rasanya yang berlemak, manis dan lembut pasti membuatkan sesiapa saja teringat-ingat akan kesedapannya.

Kalau beli, harga untuk beberapa potong boleh tahan mahal juga. Apa kata jom cuba buat sendiri saja, baru boleh makan puas-puas! Jika ada yang mahu mencuba, ikuti saja resipi perkongsian oleh Mariana Zainal di bawah.

Baca juga: Kuih Talam Pisang Sukatan Cawan, Lembut Bergedik Ikut Resipi Ini

RESEPI KUIH TALAM PANDAN

Bahan-bahan lapisan pulut (bahagian bawah):

  • 1 1/4 cawan beras pulut (basuh dan toskan, tak perlu rendam)
  • 1 1/2 cawan santan sederhana cair
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 helai daun pandan (carik dan simpulkan)

Cara-caranya:

1. Panaskan air kukusan sehingga mendidih. Sambil itu, satukan semua bahan-bahan di atas dan gaul rata.

2. Sapu minyak pada loyang bersaiz 8×8 dan lapikkan plastik. Kemudian masukkan semua bahan-bahan di atas yang sudah digaul rata ke dalam loyang.

3. Kukus selama 25 hingga 30 minit menggunakan api besar. Bila dah siap, buang daun pandan.

4. Biarkan sekejap selama 5 hingga 10 minit, kemudian tekan-tekan hingga padat. Pastikan benar-benar padat.

Bahan-bahan lapisan atas (bahagian atas):

  • 3 cawan santan sederhana pekat + 5-6 helai daun pandan + secubit jintan manis
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 3 biji telur gred A
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu besar membukit tepung kastard
  • 1 cawan tepung gandum + 1 sudu besar tepung gandum (saya guna brand Baker’s Choice dan Sauh saja tau)
  • Sedikit pewarna hijau epal

Cara-caranya:

1. Kisar daun pandan bersama santan dan secubit jintan manis. Pastikan cukup 3 cawan selepas ditapis.

2. Satukan semua bahan-bahan lain bersama daun pandan yang dikisar tadi ke dalam periuk. Kacau sebati menggunakan whisk.

3. Kemudian, masak sekejap atas api perlahan sambil kacau sehingga naik wap. Cukup sekadar periuk dah rasa panas, jangan lama.

4. Tuang 1 atau 2 senduk ke atas pulut. Kukus selama 7 hingga 10 minit menggunakan api sederhana perlahan.

5. Buka tudung kukusan, cucuk-cucuk permukaan hijau guna garfu dan tuang baki adunan hijau. Sambung kukus selama 25 hingga 30 minit.

6. Setiap 7 hingga 10 minit bukan tudung kukusan, lap bawah tudung dan teruskan mengukus. Ulang sehingga siap.

7. Apabila dah cukup masa, buka tudung kukusan dan biarkan terdedah. Teruskan mengukus guna api besar selama 5 minit. 

8. Pastikan kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong menggunakan pisau plastik. Jika guna pisau biasa, balut pisau dengan plastik sebelum dipotong. Selamat mencuba!

kuih talam pandan

Kredit resipi dan gambar: Mariana Zainal

Baca juga: Kuih Seri Muka & Talam Durian, Boleh Buat Kalau Stok Durian Banyak Lagi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN