lepat pisang

Lepat pisang sememangnya satu kuih klasik yang masih digemari ramai sehingga sekarang. Teringat zaman kecil-kecil dulu nenek selalu buatkan setiap kali pulang ke kampung.

Sangat nikmat kalau dapat makan panas-panas selepas ia dikukus. Tak susah mana kalau nak cuba buat sendiri di rumah.

Kadang-kadang beli di kedai, lepatnya keras. Kalau ikut resipi perkongsian oleh Tuan Adriana Arissa ini, dijamin lepat akan menjadi lembut dan sedap.

Cara Buat Lepat Pisang Yang Lembut & Sedap

Bahan-bahan:

  • 13-15 biji pisang berangan @ emas
  • 1 – 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • Sedikit garam
  • 2 cawan kelapa parut putih
  • Sedikit garam

Cara-cara

1. Lenyek pisang sehingga hancur. (jangan terlalu hancur jika suka rasa ketulan pisang)

2. Kemudian masukkan gula dan garam. Gaul sebati.

3. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Ada yang suka pisang lebih atau tepung gandum lebih, bergantung pada citarasa masing-masing.

4. Daun pisang dilayur terlebih dahulu. Kemudian boleh mula buat lepat. Isi 1 sudu besar penuh adunan ke dalam daun pisang dan letak kelapa parut.

lepat pisang

5. Kukus selama 15 hingga 20 minit.

Selamat mencuba!

lepat pisang

lepat pisang

Kredit: Tuan Adriana Arissa

Baca juga: Jom Buat Kerepek Kentang Homemade Yang Nipis, Rangup & Tak Hangit!