Bagaimana cara nak masak Paru Masak Cabai?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Paru Masak Cabai

Bagaimana cara nak masak Paru Masak Cabai?

BAHAN-BAHAN

  • 500 g paru 
  • 20 biji cili kering 
  • 10 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 inci belacan 
  • (Cili kering, bawang merah, bawang putih dan belacan dikisar bersama)
  • 2 batang serai (Diketuk) 
  • ½ cawan air (Dibancuh bersama asam jawa)
  • 1 sudu makan asam jawa 
  • 1 sudu makan gula 
  • 1 cawan kacang tanah (Digoreng dan ditumbuk kasar) 
  • ½ cawan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Rebuskan paru dengan serai dan sedikit garam sehingga mendidih dan paru lembut. Kemudian tuskan. 
    2. Potong paru kecil-kecil dan ketepikan. 
    3. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan pecah minyak. 
    4. Masukkan air asam jawa dan gula. Biarkan mendidih. 
    5. Masukkan paru dan kacang tanah, kemudian masakkan sehingga mendidih dan pekat. 
    6. Apabila pecah minyak, tutupkan api. 
    7. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN