Bagaimana cara nak masak Lemak Cili Api Kacang Kuda?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Masak Lemak Cili Api Kacang Kuda

Bagaimana cara nak masak Lemak Cili Api Kacang Kuda?

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan kacang kuda (Direndam 7-8 jam)
  • 15 ekor udang segar (Saiz sederhana)
  • 3 batang serai (Diketuk)
  • 2 keping asam gelugur
  • 15 biji cili api
  • 3 biji bawang merah
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 cawan air

    (Cili api, bawang merah & serbuk kunyit dikisar bersama air)
  • 1 cawan santan pekat
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Rebus kacang kuda dengan sedikit garam sehingga lembut.
      Angkat dan tuskan.
    2. Masukkan kacang kuda, udang, serai, asam gelugur, garam, dan

      bahan yang dikisar ke dalam periuk. Masakkan sehingga mendidih.
    3. Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih sekali lagi.
    4. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN