makanan basi

Semua orang ada peti ais di rumah, tapi ramai yang masih tak tahu cara untuk mengelakkan makanan basi dan rosak dengan cepat.

Kesannya, banyak makanan yang tak habis terpaksa dibuang. Inilah sebabnya sisa makanan merupakan sisa yang paling banyak dibuang dan dibazirkan oleh rakyat Malaysia.

Dianggarkan setiap rumah di Malaysia membuang makanan bernilai RM210 setiap bulan!

Jadi, ini lapan tips yang boleh anda ikuti untuk mengelakkan pembaziran makanan bermula dari peti ais!

Baca juga: Cara Simpan Sayur Tahan Lama, 15 Hari Masih Segar Macam Baru Petik!

TIPS ELAK MAKANAN BASI DAN ROSAK DENGAN CEPAT

makanan basi

Berikut merupakan tips bagi memastikan kesegaran makanan di dalam peti ais:

1. Simpan daun sup, daun bawang, daun ketumbar (siap potong) dalam freezer

Daun-daun ini cepat layu jika disimpan dalam peti ais biasa. Dengan menyimpannya dalam freezer, ia kekal segar lebih lama dan senang digunakan bila perlu.

2. Jangan buka pintu ais terlalu lama

Setiap kali pintu peti ais dibuka, suhu di dalamnya naik, menyebabkan makanan cepat rosak. Jadi, buka pintu hanya bila perlu untuk jimatkan tenaga dan pastikan kesegaran makanan terjaga.

3. Gunakan beg ziplock, plastik dan bekas bertutup

Bekas bertutup dan beg ziplock membantu mengekalkan kelembapan dan menghalang bau makanan bercampur. Ini juga mengelakkan makanan dari terdedah kepada udara yang boleh mempercepatkan kerosakan.

4. Elak simpan buah berdekatan dengan sayur

Buah mengeluarkan gas etilena yang boleh mempercepatkan kematangan sayur. Jadi, simpan buah dan sayur di tempat berasingan untuk elak sayur cepat rosak.

5. Jangan simpan bawang, terung, pisang dan epal dalam peti ais

Bawang, terung, pisang dan epal lebih baik disimpan di luar peti ais kerana suhu peti ais boleh menyebabkan mereka cepat rosak. Pisang contohnya, akan menjadi gelap dan lembik.

6. Simpan sayur di laci ‘crisper’ (di bawah peti ais)

Laci crisper direka untuk mengawal kelembapan dan suhu, membantu mengekalkan kesegaran sayur seperti salad, lobak merah dan sayur berdaun hijau.

7. Pastikan peti ais tak terlalu penuh

Peti ais yang terlalu penuh menghalang aliran udara yang seimbang, menyebabkan makanan tidak disimpan pada suhu yang optimum dan mudah rosak. Pastikan ada ruang agar udara dapat bergerak dengan bebas.

8. Amalkan FIFO (First In, First Out)

Susun makanan dengan cara FIFO untuk memastikan makanan yang telah lama disimpan, seharusnya digunakan terlebih dahulu. Ini membantu mengelakkan pembaziran dan memastikan makanan digunakan sebelum tarikh luput.

Sumber: Facebook Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)

Baca juga: Jangan Simpan 5 Makanan Ini Dalam Peti Ais, Rupanya Boleh Jadi Racun!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN