makanan seafood

Makanan seafood antara lauk yang digemari oleh rakyat Malaysia. Malah, ramai yang sering membeli makanan laut dalam kuantiti yang banyak untuk disimpan sebagai stok.

Namun, jika disimpan dengan cara yang salah, makanan laut ini tidak akan tahan lama dan akan bertukar warna hitam.

Rupanya ada petua untuk menyimpan makanan seafood mentah agar kekal segar dan tahan lama. Ia akan mengekalkan rasa manis dan kepejalannya seperti baru dibeli.

Jangan ambil ringan mengenai perkara ini kerana makanan laut yang tidak segar boleh mempengaruhi rasa dan kualiti hidangan.

Baca juga: Nak Masak Telur Ikan Mayong Tapi Takut Hanyir? Cuba Petua Ini!

PETUA MAKANAN SEAFOOD KEKAL SEGAR & TAK BERUBAH WARNA HITAM

makanan seafood

Berikut adalah antara kaedah yang dikongsikan oleh Noor Hafiza Mohamad di laman Facebook miliknya mengenai cara menyimpan makanan laut untuk kekalkan kesegarannya.

Cara-caranya:

1. Tabur gula di permukaan bekas dan simpan dalam freezer (ruang sejuk beku).

2. Untuk udang, lebihkan gula kerana ia sangat sensitif dan warnanya mudah bertukar menjadi hitam. Setelah lebih dari 2 minggu, tekstur udang masih sama seperti baru dibeli.

3. Bagi ketam dan sotong pula, simpan secara biasa tanpa sebarang awetan pun masih boleh tahan sebenarnya.

Sumber: Noor Hafiza Mohamad

Baca juga: Petua Simpan Cili Padi & Cili Merah, Berminggu Masih Segar & Tak Kecut

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN