resepi stew ayam

Pernah cuba resepi stew ayam? Stew ini memang sangat mudah dan cepat untuk dimasak. Malah rasanya juga sangatlah sedap.

Menu ini merupakan masakan chinese style yang digemari orang ramai tidak kira budak kecil atau orang dewasa.

Selain dinikmati bersama nasi, hidangan ini juga enak dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan roti. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian oleh saudari Eryn TJ ini.

Baca juga: Resipi Mihun Sup Yang Ringkas & Sedap, Sekejap Je Dah Siap Masak!

RESEPI STEW AYAM MUDAH & SEDAP

resepi stew ayam

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam potong kecil
  • 3 biji ubi kentang potong empat
  • 1 biji lobak merah potong empat
  • 1 biji bawang holland hiris nipis
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 tangkai daun bawang hiris
  • 2 sudu besar tepung jagung ( di bancuh bersama 4 sudu besar air )
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam tumbuk
  • 1 kiub stok ayam

Cara memasak:

  1. Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga keperangan. Masukkan ayam dan gaul rata hingga ayam menjadi sedikit keperangan.
  2. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan kicap air. Gaul rata bersama ayam.
  3. Kemudian, masukkan ubi kentang dan lobak merah. Masukkan air sehingga ayam, ubi kentang tenggelam. Letakkan juga kiub ayam.
  4. Perasakan dengan garam secukup rasa, beserta serbuk lada putih dan serbuk lada hitam tumbuk. Reneh menggunakan api kecil selama 30 minit sehingga ayam, kentang dan lobak merah masak.
  5. Masukkan air jagung sedikit demi sedikit utk memekatkan kuah dan gaul rata. Tutup api dan taburkan daun bawang.
  6. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Eryn TJ

Baca juga: Resipi Sup Suhun Simple, Ini Tips Suhun Tak Serap Kuah Sampai Jadi Kering

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN