Bagi anda yang gemar makan sizzling, memang kena belajar buat hidangan ini secara homemade sebab kalau buat sendiri lagi puas makan. Nak tambah lebih ayam atau cendawan pun boleh! Betul tak? Bukan itu sahaja, kita juga boleh buat mengikut citarasa dan lebih menjimatkan. Jadi jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nor Khomariah Norrohman di Facebook.

PENULIS

MyResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

Resepi Sizzling Yee Mee Ayam Dan Cendawan

BAHAN-BAHAN
  • 1 gulung Yee Mee

  • 2 ketul ayam (potong kecil-kecil)

  • 2 biji cendawan kering (shitake) (rendam hingga kembang dan belah dua)

  • 3 tangkai cili kering (potong 1 inci)

  • I inci halia (diketuk)

  • 3 ulas bawang putih (cincang halus)

  • 2 pokok sawi (siang dan dicelur sekejap)

  • 5 sudu besar kicap pekat

  • 3 sudu besar sos tiram

  • 3 cawan air (kalau nak kuah banyak letak air lebih)

  • 1 biji telur

  • 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)

  • Serbuk lada hitam

  • Minyak secukupnya

  • Garam dan perasa

CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dan masukkan cili kering, halia dan bawang putih biarkan sehingga naik baunya.

  • Masukkan kicap, sos tiram dan serbuk lada hitam, kemudian tumis lagi dan seterusnya masukkan ayam. Biarkan ayam separuh masak.

  • Masukkan air dan gaul sebati, seterusnya masukkan cendawan.

  • Seterusnya masukkan air bancuhan tepung jagung dan perasa dengan garam dan serbuk perasa. Ikut citarasa sendiri untuk kepekatan kuah.

  • Panaskan hot plate, masukkan dahulu kuah tadi dan seterusnya masukkan yee mee.

  • Akhir sekali masukkan sawi yang dicelur tadi dan pecahkan telur ke dalam masakan tadi dan biarkan sehingga masak.

  • Siramkan lebihan kuah ke atas mee dan sawi yang telah dicelur.

  • Taburkan serbuk lada sulah dan boleh tambah cili potong untuk menambah selera. Siap.

Kredit: Nor Khomariah Norrohman

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.