Apabila sarapan di warung, roti canai sentiasa jadi pilihan. Tapi, ramai yang tak mahir buat roti canai di rumah kerana tak tau cara menebarnya seperti di warung.
Roti canai telah menjadi makanan popular di Malaysia dan ramai pelancong dari luar negara takkan lepaskan peluang untuk cuba menikmatinya terutama di kedai mamak.
Sekali-sekala, nak juga makan roti canai di rumah kerana sesetengah orang lebih puas hati dengan air tangan sendiri. Lebih-lebih lagi, jika suami yang minta isteri buatkan.
Sebenarnya, sejak dulu lagi orang telah hasilkan roti canai di rumah dengan cara tersendiri dan salah satunya adalah dengan menggunakan dulang.
Kami terjumpa perkongsian oleh Julia Selamat di Facebook tentang cara orang dulu-dulu buat roti canai dan ramai yang turut kongsikan nostalgianya. Jom kita tengok!
Baca juga: Cara Buat Roti Canai Homemade, Lembut Dan Garing Bila Makan!
CARA ORANG DULU-DULU BUAT ROTI CANAI
1. Mula-mula, sediakan beberapa doh roti canai yang terendam dalam minyak (guna 500gm tepung boleh dapat 10 keping yang comel bentuknya).
2. Selepas itu, letakkan satu doh roti canai di atas dulang dan tekan-tekan sedikit (sesetengah orang caranya dengan terbalikkan dulang dahulu).
3. Kemudian, tarik doh roti canai itu secara nipis dan perlahan-lahan sampai ke hujung dulang.
4. Ambil bahagian hujung dan lipatkan separuh, kemudian ambil bahagian hujung lain dan lipatkan separuh juga.
5. Seterusnya, lipat lagi dan tarik panjang, jadikan bentuk bulat seperti dalam gambar. Siap untuk digoreng!
Cara buat roti canai stail orang lama ini memang menarik untuk dicuba di rumah. Jika teringin makan dan malas keluar untuk membelinya, sediakan doh dan buat saja guna cara ini.
Roti canai sedap dimakan bersama kuah kari atau dal bersama sambal tumis. Tekstur yang rangup, ditambah pula dengan rasa kuah dan pedas sambal menambahkan lagi kelazatannya.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Julia Selamat
Baca juga: Resepi Roti Canai Lembut Tanpa Telur, Guna Teknik Ini Pasti Kurang Berminyak