Buat mereka yang sering memasak di rumah, pasti telah menjadi rutin untuk beli barang dapur pada setiap bulan. Jadi, anda perlu tahu tips simpan sayur supaya kekal segar.
Walaupun anda telah menyediakan hidangan lauk yang sedap, namun ia tak lengkap tanpa sayur yang lazat. Senang cerita, rasa tak puas makan jika tiada hidangan sayur di rumah.
Lebih-lebih lagi, sayur perlu diambil dalam pemakanan seharian kerana mempunyai banyak nutrien yang penting dalam badan dan ia wajar diamalkan sejak usia muda lagi.
Ramai yang hadapi masalah sayur yang cepat layu setelah disimpan, kadangkala tak sampai 3 hari pun sayur sudah hilang kesegarannya dan perkara ini boleh buat ramai jadi stres di dapur.
Sebenarnya, anda hanya perlu tahu tips simpan sayur yang betul supaya ia kekal segar sehingga berminggu-minggu walaupun dalam peti sejuk. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Petua Sayur Goreng Kekal Hijau, Hasil Cantik Dan Tak Layu!
TIPS SIMPAN SAYUR DALAM PETI SEJUK
1. Mula-mula, satukan semua sayur dalam satu bekas yang besar.
2. Rendam bersama air dan tambah sedikit garam selama 10 minit.
3. Selepas itu, toskan selama beberapa minit.
4. Kemudian, rendamkan balik sayur dalam air saja tanpa garam selama 5 minit saja.
5. Seterusnya, toskan lagi sampai air menghilang dari sayur.
6. Akhir sekali, masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk. Siap!
Selepas membeli sayur dari pasar dan sampai di rumah, terus guna tips simpan sayur ini untuk menjaganya supaya kekal segar dan tahan lama.
Pengambilan sayur yang mencukupi sangat penting untuk melawan penyakit, melancarkan sistem percernaan dan sebagainya. Buat anda yang mempunyai anak, kena ajar mereka makan sayur sejak kecil lagi.
Jangan lupa untuk kongsikan tips simpan sayur ini kepada keluarga dan kawan-kawan yang suka memasak di rumah. Setelah guna cara ini, pasti mereka puas hati nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Syikin Miskam
Baca juga: Petua Sayur Segar Semula Daripada Layu, Mak-Mak Boleh Guna Trik Ini Di Rumah