cara bersihkan kerak cawan

Penggemar kopi atau teh di rumah pasti menghadapi masalah cawan atau mug dengan kesan warna teh atau kopi. Oleh itu, anda perlu gunakan cara bersihkan kerak cawan ini.

Boleh dikatakan setiap rumah pasti mempunyai cawan sebagai salah satu barang yang wajib ada di dapur. Jika tiada cawan di rumah, nak minum air pun jadi susah dibuatnya.

Buat anda yang selalu minum kopi atau teh, cubalah semak cawan yang pernah digunakan. Kami yakin, pasti ada sesetengah cawan yang masih mempunyai kesan kotor yang melekat.

Kali ini, kami nak ajar cara bersihkan kerak cawan yang berguna untuk anda cuba di rumah. Paling terkejut, ternyata tips ini sangat berkesan. Jom kita tengok tipsnya!

Baca juga: Cara Cuci Kuali Non-Stick Supaya Tak Cepat Rosak, Hasilnya Lebih Tahan Lama!

CARA BERSIHKAN KERAK CAWAN

cara bersihkan kerak cawan

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Baking soda
  • Cuka
  • Pencuci pinggan mangkuk.

Cara-cara menghapuskan kotoran degil pada cawan:

1. Mula-mula, masukkan 1 sudu baking soda ke dalam bekas yang kotor.

2. Selepas itu, tuang 2 sudu cuka ke dalam bekas yang kotor.

3. Kemudian, isikan sedikit pencuci pinggan mangkuk.

4. Seterusnya, tambahkan dengan air panas atau air suam.

5. Setelah itu, kacau sehingga sebati dan biarkan selama 10 minit.

6. Akhir sekali, cuci cawan atau mug itu dengan menggunakan span pencuci pinggan. Siap untuk digunakan!

cara bersihkan kerak cawan

Bagi menghapuskan kotoran yang terlalu degil, kami sarankan untuk rendam cawan atau mug anda semalaman bersama baking soda dan cuka.

Selepas itu, anda boleh gunakan cara bersihkan kerak cawan yang kami kongsikan di atas dan bersihkannya seperti biasa. Setelah gunakan tips ini, anda akan terkejut dengan hasilnya.

Cawan yang dibersihkan dengan cara ini akan kelihatan seperti tak pernah digunakan, malah nampak seperti baru dibeli. Selepas ini, tiadalah rasa ragu-ragu nak gunakan cawan untuk minum kopi di rumah lagi.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Sabunku Malaysia-HQ

Baca juga: Cara Bersihkan Air Fryer Berminyak Tanpa Sental, Guna 2 Bahan Je Terus Berkilat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN