PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-10-14 04:09:07

PKPB dah mula hari ini, so siapa siapa yang bosan kat rumah tu dan tak tahu nak buat apa, Jomlah lah kita cuba resepi "fancy" yang dikongsikan oleh Liyza Eja menerusi laman facebooknya. 

Bahan-bahan;

  1. 1 tin cendawan butang
  2. 3 biji tomato segar
  3. 2 biji bawang holand

    Kredit : LIYZA EJA
  4. serbuk oregano
  5. 1 botol sos spageti
  6. 3 sudu sos cili


    Kredit : LIYZA EJA

  7. 1 kotak kepingan lasagna
  8. 6 keping daging burger
  9. 6 keping cheese
  10. 1/2 kotak susu segar


    Kredit : LIYZA EJA

Cara-cara;

  • Untuk resepi lasagna ini, kita memerlukan dua sos iaitu sos merah dan sos putih. Apabila siap sos merah dan putih, barulah kita campurkan mengikut cara-cara yang disediakan

 

  • Sos Merah
  1. Carikkan daging burger biar jadi macam ni.


    Kredit : LIYZA EJA

  2. Potong dan tumis semua bawang holand yang disediakan.
  3. Kemudian masukkan daging burger dan gaul sebati.


    Kredit : LIYZA EJA

  4. Bila daging dah agak-agak separuh masak,masukkan serbuk oregano mengikut citarasa sendiri.
  5. Masukkan 1 botol sos spageti dan separuh botol air.
  6. Dah agak-agak macam ni, baru masukkan tomato segar.

    Kredit : LIYZA EJA
  7. Kemudian masukkan 3 sudu sos cili dan cendawan butang.

    Kredit : LIYZA EJA
  8. Akhir sekali, tambah gula dan garam dan sos merah dah siap.
    Kredit : LIYZA EJA

 

  • Sos Putih
  1. Sediakan 1/2 kotak susu segar dan 2 sudu butter.
  2. Masukkn 6 keping cheese dan 2 sudu tepung gandum (yang telah disebatikn dengan sedikit air).
  3. Dah mendidih sos akan jadi macamni. Biarkan sehingga sedikit pekat dan Sos Putih sedia digunakan.

    Kredit : LIYZA EJA

 

  • Apabila siap kedua dua sos tersebut, Jadi kita dah bersedia untuk menyediakan lasagna.
  1. Mula-mula, Kepingan lasagna tu rendam kejap dlm air panas (agak2 nak bagi lembik sikit).

    Kredit : LIYZA EJA
  2. Kemudian susun dlm loyang atau bekas yang tahan panas untuk masukkan dalam microwave atau oven.
  3. Masukkan sos merah yang telah dibuat tadi.

    Kredit : LIYZA EJA
  4. Lapisan ketiga tuangkan sos putih yang disediakan tadi.

    Kredit : LIYZA EJA
  5. Kemudian, tambah kepingan lasagna mengikut citarasa.

    Kredit : LIYZA EJA
  6. Akhir sekali, hias mengikut kreativiti masing masing yang bersesuaian dengan lasagna seperti gambar di bawah.

    Kredit : LIYZA EJA

Selamat Mencuba

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN