Dim Sum merupakan sejenis kuih-muih yang berasaskan doh kenyal dan berintikan sayur-sayuran atau makanan laut. Biasanya Dim Sum dimasak dengan cara mengukus. Dim Sum juga memiliki pelbagai jenis perisa seperti siew mai, dumpling, vege ball dan sebagainya. Walaupun ianya merupakan makanan masyarakat Cina tetapi kini sudah menjadi kegemaran pelbagai kaum termasuk Melayu dan India. Jadi jom kita cuba resepi Dim Sum Ayam Dan Sos Pedas yang dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di Facebook.

PENULIS

MyResipi

MASAKAN

Resepi Mudah

TAHAP KESUKARAN

Medium

Resepi Dim Sum Ekpress & Dicicah Pula Dengan Sos Pedas, Memang Terbaik!

Dim Sum merupakan sejenis kuih-muih yang berasaskan doh kenyal dan berintikan sayur-sayuran atau makanan laut. Biasanya Dim Sum dimasak dengan cara mengukus. Dim Sum juga memiliki pelbagai jenis perisa seperti siew mai, dumpling, vege ball dan sebagainya. Walaupun ianya merupakan makanan masyarakat Cina tetapi kini sudah menjadi kegemaran pelbagai kaum termasuk Melayu dan India. Jadi jom kita cuba resepi Dim Sum Ayam Dan Sos Pedas yang dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di Facebook.

Kredit: Julia Aleen Aireish
BAHAN-BAHAN

Untuk Inti:

  • 3 keping dada ayam – cincang isi ayam
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 pokok daun bawang
  • 1 pokok daun sup
  • 1 sudu makan serbuk hilal
  • 1/2 biji bawang holland
  • 1 biji telur
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu makan minyak masak – jika suka guna minyak bijan 1 sudu kecil

Untuk Kulit:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1 sudu kecil serbuk hilal
  • 1 cawan air

Untuk Sos Pedas:

  • 1-2 sudu makan taucu
  • 1 biji cabai besar merah
  • 5 biji cili ap
  • 1 sudu makan cili kisar
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 sudu makan gula
  • 1 cawan air
  • sedikit bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sos
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk Inti:

    1. Satukan semua bahan, kisar halus ketepikan.
  • Untuk Kulit:

    1. Satukan bahan, masukkan air sedikit demi sedikit sambil uli hingga jadi doh lembut.
    2. Gelek tepung nipis-nipis ambil acuan berbentuk bulat tekapkan buat hingga habis.
    3. Ambil sekeping letak inti lebih kurang satu sudu kecil, klim ikut kreativiti yang anda rasa mudah.
    4. Susun dalam kukus, pastikan air kukusan telah mendidih dan panas, kukus selama 10 ke 15 minit.
  • Untuk Sos Pedas:

    1. Satukan semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung.
    2. Tuang dalam periuk/kuali masak hingga mendidih.
    3. Masukkan gula kacau dan rasa mesti ada manis-manis pedas baru sedap. Letak bancuhan tepung jagung kacau, siap.

Kredit: Julia Aleen Aireish

Kredit: Julia Aleen Aireish

Kredit: Julia Aleen Aireish

Kredit: Julia Aleen Aireish

Selamat Mencuba

Kredit: Julia Aleen Aireish

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN