ayam kampung goreng

Ayam kampung goreng berempah ini memang cukup sedap jika dimakan dengan nasi panas atau diratah begitu sahaja.

Jika ada yang mahu belajar membuatnya sendiri di rumah, boleh rujuk resipi yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman sesawang Facebook bernama Nurul Ashikin di bawah.

Resipi ini bukan sahaja ringkas, anda juga tidak perlu merebus ayam terlebih dahulu. Boleh terus digoreng dan hasilnya ayam goreng tak jadi liat.

Rasanya juga dijamin sama seperti makan di kedai. Bukan itu saja, masak sendiri di rumah lagi jimat. Jom cuba!

Baca juga: Ayam Goreng Ala Mamak, Tips Rasa Sebijik Macam Di Kedai!

AYAM KAMPUNG GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Bawang putih
  • Halia
  • Kunyit
  • Daun kari
  • Serai
  • Jintan
  • Telur
  • Garam
  • Ayam kampung muda

Cara memasak:

1. Kisar lumat bawang putih, halia, kunyit, serai dan jintan.

2. Bila bahan tesebut sudah lumat, letakkan ke dalam satu bekas.

3. Masukkan juga daun kari, garam secukup rasa, serbuk perasa (jika suka) dan pecahkan sebiji telur.

4. Gaul kesemua bahan sehingga sebati. Kemudian masukkan ayam kampung.

5. Perap ayam selama lebih kurang 1 jam atau lebih. Makin lama perap, makin sedap.

ayam kampung goreng

6. Selepas selesai diperap, sedia untuk digoreng. Pastikan api jangan terlalu kuat kerana risau isi dalam ayam tak sempat masak. Pastikan juga api jangan terlalu perlahan.

7. Bila ayam dah garing, boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

ayam kampung goreng

Kredit resipi dan gambar: Facebook Nurul Ashikin

Baca juga: Tip Masak Rendang Guna Ayam Kampung, Ini 9 Teknik Nak Bagi Lembut

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN