Kek Batik boleh dibuat secara rangup atau lembut, bergantung kepada citarasa masing-masing. Kali ini, kami akan kongsikan tips Kek Batik lembut yang menarik untuk dicuba.
Siapa di sini pernah buat Kek Batik di rumah? Walaupun tak pernah membuatnya, pasti anda pernah makan kek yang lazat ini sekali dalam seumur hidup.
Kek Batik sangat popular di kalangan rakyat Malaysia yang dipercayai berasal dari Sarawak. Boleh dikatakan, ia adalah pencuci mulut yang wajib ada sewaktu jamuan atau perayaan.
Kek Batik mendapat namanya daripada corak seperti kain batik apabila dipotong. Oleh kerana bentuknya menarik, ramai yang pasti terliur apabila melihatnya di depan mata.
Sewaktu menikmati kek ini, ramai yang bertanya tentang resepinya. Paling menarik, Kek Batik sangat mudah dibuat kerana anda tak perlu bakar atau kukus untuk hasilkannya.
Kek Batik dibuat dengan mencampurkan biskut Marie hancur, kemudian dikacau dengan sos coklat yang lazat. Setelah itu, anda perlu sejukkannya dalam peti sejuk selama beberapa jam.
Bergantung kepada cara membuatnya, anda akan dapat hasil rangup atau lembut. Jika suka yang lembut, anda perlu tahu tentang tips Kek Batik lembut ini. Jom kita tengok tipsnya!
Baca juga: Tips Kuah Mee Kari Yang Sedap, Wanita Ini Kongsi Rahsia Dari Air Tangan Ibunya
TIPS KEK BATIK LEMBUT
1. Ramai yang suka buat Kek Batik secara ringkas saja di rumah, tapi hasilnya menjadi rangup. Sebenarnya, anda perlu masukkan telur dalam adunan jika mahukan Kek Batik yang lembut.
2. Apabila sudah siap adunan, anda perlu campurkan dengan secawan air. Dengan cara ini, anda akan dapat hasil kek batik yang lembut dan mudah dipotong.
3. Sebelum dimasukkan dalam peti sejuk, anda perlu letak susu full cream atau susu kotak sekali dan kacau sehingga sebati dalam adunan supaya hasilnya lembut nanti.
Jangan lupa untuk gunakan tips Kek Batik lembut ini semasa membuatnya. Jika anda ikut cara ini, pasti hasilnya akan lembut seperti yang diinginkan.
Semoga bermanfaat!
Sumber: It’s Mi
Baca juga: Lelaki Kongsi Tips Masak Lemak Cili Api Yang ‘Power’, Sedapnya Boleh Pergi Jauh!