ayam segar

Bagi sesetengah orang, memilih ayam segar di pasar boleh jadi agak sukar kerana semuanya kelihatan sama.

Jangan pandang remeh tahap kesegaran ayam mentah kerana ia mempengaruhi kualiti lauk yang dimasak.

Selain itu, ayam yang tidak segar boleh menghasilkan bau yang kurang menyenangkan dan berisiko menyebabkan keracunan makanan.

Jangan risau, jom MyResipi kongsikan ciri-ciri ayam segar yang perlu anda perhatikan sebelum membelinya.

Baca juga: Cara Pilih Ikan Pari Yang Lembut, Gerenti Tak Keras Macam Getah!

CARA PILIH AYAM SEGAR DI PASAR

Berikut merupakan perkongsian penuh oleh saudara Akau Hafidzullah di laman sosial Facebook miliknya:

Dulu-dulu setiap kali mak ajak ke pasar, aku mesti buat muka. Sebab kalau lalu kat gerai ayam itu bau dia kuat sangat, sampai rasa nak tutup hidung.

Tapi mak aku selamba je berdiri depan gerai sambil pilih-pilih ayam.

Satu hari aku tanya, “Mak, macam mana mak tahu ayam ini elok ke tak? Semua nampak lebih kurang sama je.”

PILIH AYAM KENA PERHATI DUA BENDA INI

Mak cakap. “Kalau nak pilih ayam kena tengok dua benda.”

Dia pegang seekor ayam yang kakinya masih tegak ke atas. “Tengok kaki dia dulu. Kalau kaki ayam tegang macam ini, itu tanda ayam baru sembelih.

Kalau lembik, itu tanda ayam dah lama. Sebab apa? Ayam segar otot dia masih anjal dan tegang.”

ayam segar

Lepas itu, mak tunjuk kulit ayam yang cerah dan bersih. “Kulit pun kena tengok jugok. Kalau kulit cerah, putih kuning, maksudnya ayam itu segar.

Kalau nampak kusam, ada kesan lebam atau berlendir, itu ayam lama. Tak payah ambiklah.”

Aku angguk saja masa itu, tapi bila dah besar, tips ini jadi panduan wajib aku setiap kali ke pasar.

Baru-baru ini masa tengah pilih ayam kat pasar, ada brother sebelah tanya, “tengok apa bang lama-lama kat ayam itu?”

Aku jawab.” Tengah pilih ayam bang. Kena pilih yang elok-elok sikit.”

Oh ada cara ke nak pilih ayam segar? Selalu main ambil saja ayam ni.” Brother itu excited nak tahu.

Aku senyum sambil kongsi tips mak. “Kena tengok, tengok kaki dulu, mesti tegang. Lepas tu tengok kulit, cerah dan bersih. Itu tanda ayam segar.” Brother itu terus angguk-angguk sambil pilih ikut tips tu.

Kadang benda kecil macam ini nampak remeh, tapi penting untuk pastikan keluarga kita makan makanan yang terbaik

Sumber: Akau Hafidzullah

Baca juga: Tip Pilih Kupang Segar & Cara Siang Yang Betul, Penting Buang ‘Bahagian’ Ini Untuk Elak Sakit Perut

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN