Setiap kali tiba bulan Ramadan, kebanyakan umat Islam di Malaysia akan membeli kurma, namun ramai yang tidak menyedari bahawa mereka membeli jenama dari senarai kurma yang bukan dari negara Islam.
Lebih menyedihkan, jenama-jenama kurma ini tersedia dengan mudah di pasaran Malaysia dan menjadi pilihan ramai orang walaupun harganya mahal.
Baca juga: Gara-Gara Curi Secawan Kopi RM5.47, Pengetua Dibuang Kerja Dan Hilang Pencen
Semua orang tahu pergolakan yang berlaku terhadap penduduk Islam di negara yang sedang berperang, dan atas dasar kemanusiaan serta solidariti terhadap saudara seagama kita, sebaiknya elakkan membeli jenama-jenama kurma dari senarai ini.
Melalui laporan yang dikeluarkan pada Isnin lalu, menekankan kepentingan kesedaran dalam memilih kurma yang dibeli semasa Ramadan.
SENARAI KURMA YANG BUKAN DARI NEGARA ISLAM PATUT ELAK DIBELI
Berikut merupakan beberapa jenama kurma popular yang bukan keluaran Malaysia.
- Bomaja
- Carmel Agrexco
- Delilah
- Desert Diamond
- Hadiklaim
- Jordan Plains
- Jordan River
- King Solomon
- Paradise Dates
- Rapunzel
- Red Sea
- Royal Treasure
- Shams
- Tamara
Panduan Semak Label Ketika Beli Kurma di Pasaraya
Untuk memastikan kurma yang dibeli tidak berasal dari negara bukan Islam, persatuan kempen ini memberikan empat langkah yang boleh diambil oleh umat Islam di seluruh dunia.
- Semak label semasa membeli kurma. Jangan membeli kurma yang dihasilkan atau dibungkus di negara tersebut.
- Semak label pada semua kurma Medjool kerana kurma jenis ini dijual di pasar raya UK yang ditanam di Tanah Haram atau penempatan haramnya.
- Jangan membeli kurma yang mempunyai nama Hadiklaim pada labelnya. Hadiklaim adalah pengedar terbesar kurma dari negara yang tidak diiktiraf dan penempatan haramnya. Mereka menjual kurma di luar negara dengan jenama-jenama ini: King Solomon, Jordan River, dan Jordan River Bio-Top, serta di bawah label peribadi rangkaian pasar raya.
- Semak label bagi syarikat-syarikat eksport ini, yang juga mengeksport dari negara yang tidak diiktiraf.
Negara yang tidak diiktiraf itu mempunyai pasaran global yang besar dalam industri kurma selepas Arab Saudi. Menurut laporan statistik, ‘negara’ tersebut menduduki kedudukan kedua dengan nilai eksport kurma terbesar di dunia, melebihi $317 juta.
Akhir kata, pastikan anda menyemak label jenama kurma dengan teliti sebelum membeli. Semoga bermanfaat.
Sumber: Palestine Campaign, AMPalestine
Baca juga: “Mata Kasar Tak Nampak” – Tanda Kedai Makan Guna Pelaris, Ustazah Ini Kongsi Cara