tanda kedai makan

Mari kenali tanda kedai makan menggunakan ‘pelaris’. Ustazah ini kongsi cara untuk mengenalinya. Dalam dunia perniagaan hari ini, tidak dapat dinafikan masih wujud amalan-amalan syirik dan khurafat sebagai pelaris jualan.

Keadaan ini sering ditemui terutamanya di kedai makan, seperti yang sering kita dengar dalam perbualan masyarakat. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bagaimana ‘makhluk pelaris’ yang digunakan menjalankan tugasnya.

Baca juga: Demi Peminat Makanan Jepun, FamilyMart Tamatkan Kerjasama Dengan Syarikat Israel

Seorang pengamal rawatan Islam, Ustazah Nazirah Abd Rahim telah berkongsi sedikit pendedahan mengenai pengalaman beliau dengan jin pelaris di sebuah kedai makan baru-baru ini. Mari kita ikuti perkongsian beliau.

TANDA KEDAI MAKAN GUNA ‘PELARIS’ 

tanda kedai makan

Di bawah adalah perkongsian Ustazah Nazirah yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya.

Ustazah nak makan di kedai. Kedai bukan sebarang-sebarang kedai boleh masuk. Suami akan tanya, “Kedai ni tak ok sayang,”

Jika tak ok ustazah akan jawab “Kita pergi kedai lain,”. Perawat dijaga Allah amalannya semua sudut.

Hati-hati masuk kedai makan. Amalan-amalan khurafat banyak diamalkan. Bila kita makan, makanan tu ada ‘najis’ pelaris yang digunakan dari amalan syirik jin.

Mata kasar kita tak nampak. Pelbagai makhluk buruk di atas meja (nauzubillah) meletakkan ‘najis pelaris’. Allahuakbar.

Antara tanda-tandanya: 

tanda kedai makan

1) Makhluk di dalam gambar ini dipanggil sebagai jin peludah kerana sebelum makanan disajikan kepada pelanggan, ia meludahkan sesuatu ke atasnya. Ini bertujuan agar pelanggan merasa ketagih untuk kembali ke kedai tersebut.

2) Tidak hanya itu, terkadang jin peludah juga menjilat pinggan mangkuk yang digunakan pelanggan. Proses ini dikatakan memberikan tambahan perasa kepada makanan yang hendak disajikan.

3) Pelanggan yang memakan makanan tersebut akan mengalami kesakitan dan kekurangan kesihatan selepas itu. Gejala-gejala yang berbeza mungkin berlaku, seperti muntah-muntah, demam, dan kesakitan yang berpanjangan.

4) Kanak-kanak juga akan menjadi lebih degil dan susah diurus.

5) Oleh itu, hati-hati. Prinsip asasnya, hati orang beriman tidak akan tertarik untuk makan di kedai-kedai yang melibatkan perkara-perkara khurafat.

Hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Mas’ud RA, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ

Maknanya: “Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal-tangkal dan ‘tiwalah’ itu adalah syirik.”

[Riwayat Imam Ahmad (3,615), Abu Daud (3,883) & Ibnu Majah (3,550)]

Imam al-Munawi berkata:

“Menggunakan tangkal dianggap syirik kerana bererti seseorang itu meyakini ia dapat memberi pengaruh (ta’thir) dan ini boleh membawa syirik kepada Allah.”

Al-Tibi pula berkata:

“Maksud syirik pada hadis di atas adalah apabila seseorang meyakini bahawa ia (jampi, tangkal dan tiwalah) mempunyai kekuatan dan mampu memberi kesan (dalam mempengaruhi/mengubah sesuatu) dan perkara tersebut adalah jelas bertentangan dengan tawakkal kepada Allah.

(Lihat Faidh al-Qadir, 6/121).

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh ‘Uqbah bin ‘Amir, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ عَلَّقَ تَمِيمَةً فَلاَ أَتَمَّ اللَّهُ لَهُ وَمَنْ عَلَّقَ وَدَعَةً فَلاَ وَدَعَ اللَّهُ لَهُ

Maknanya: “Siapa yang menggantungkan tangkal, nescaya Allah SWT tidak akan selamatkannya daripada tangkal itu. Dan siapa yang memakai azimat, nescaya Allah SWT tidak sempurnakan azimat itu.”

[Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (20,090), Al-Hakim dalam al-Mustadrak (7,501) dan Ibn Hibban (6,096)]

Justeru, kita sebagai pelanggan hendaklah sentiasa berhati-hati dalam memilih kedai makan dan memohon perlindungan Allah SWT daripada masuk ke kedai yang memakai pelaris khurafat.

Minta bantuan jin untuk lariskan kedai tu dah satu hal, ada juga yang hantar ‘makhluk halus’ untuk jatuh perniagaan orang lain pula. Ish ish..

Sumber: Facebook Ustazah Nazirah Abd Rahim

Baca juga: Daging Cetakan 3D Boleh Dimakan, MUIS Keluarkan Fatwa

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN