
Jika pergi restoran Arab, pasti ternampak pekerjanya bakar daging atau ayam secara menegak pada pencucuk. Sebenarnya, itulah cara orang Arab buat Kebab Shawarma Ayam.
Shawarma berasal daripada perkataan bahasa Arab yang bermaksud ‘pusing’. Setelah dibakar, daging dan ayam akan dipotong secara nipis untuk dimasukkan ke dalam roti atau kebab.
Baru-baru ini, Suraya Jainul telah kongsikan resipi Kebab Shawarma Ayam di Facebok dengan cara bakar yang paling mudah untuk anda buat sendiri di rumah. Jom kita cuba!
Baca juga: Roti Wrap Paling Simple Dan Sedap Untuk Sarapan, 10 Minit Dah Siap!
RESIPI KEBAB SHAWARMA AYAM

Bahan-bahan:
- Roti Arab (boleh guna roti wrap juga)
- 4 ketul isi dada ayam atau fillet (dipotong dadu)
Bahan-bahan perapan ayam:
- 8 sudu yogurt asli
- 1 sudu kecil jintan putih
- 1 sudu kecil serbuk cinnamon
- 2 sudu kecil paprika
- 2 sudu kecil chili flakes
- 3 sudu besar minyak zaitun
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecik mushrooms seasoning (jika suka)
- 2 sudu kecil chicken stok
- 2 sudu besar air perahan lemon atau limau nipis
- 5 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 2 sudu makan rempah shawarma (bole ganti dengan 2 sudu kecil garam masala, tiada pun tak mengapa)
Sayur-sayuran (dipotong dadu untuk cucuk pada lidi):
- Lada benggala
- Bawang Holland
- Tomato
- Timun Jepun
Bahan-bahan sapuan (jika suka):
- Madu
- Pewarna
Bahan-bahan sos garlic:
- Yogurt
- Mayonis
- Paprika
- Daun Parsley
- Bawang putih
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, perap ayam yang telah dipotong dadu dengan bahan-bahan yang disenaraikan.
2. Selepas itu, biarkan selama 6 jam atau satu malam baru sedap.
3. Rendam lidi sate dalam air terlebih dahulu, kemudian barulah cucuk ayam secara berselang-seli dengan sayur pada lidi sate.

4. Seterusnya, boleh mula bakar atas kuali dan sapukan madu bersama sedikit pewarna di atas ayam semasa membakar supaya hasil berkilat serta cantik nanti.
5. Ambil roti Arab atau roti wrap dan letakkan salad di bahagian tengahnya, kemudian letakkan 2 lidi ayam yang telah dibakar tadi.

6. Setelah itu, cabut lidi, gulung dan bakar atas kuali lagi.
7. Akhir sekali, boleh letak sos garlic di atasnya. Siap untuk dinikmati!
Kebab Shawarma Ayam ini sangat sedap dinikmati sebagai sarapan atau minum petang di rumah. Makan panas-panas, memang lazat tak terhingga.
Selamat mencuba!
Sumber: Suraya Jainul
Baca juga: Resepi Muruku Ringkas, Guna Tepung ‘Ini’ Dapat Hasil Rangup Menjadi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














