harga ayam percik

Seorang pelanggan meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial selepas mendapati ayam percik yang dibeli hanyalah tulang dengan sedikit sisa isi. Harga ayam percik itu pula bukan main mahal!

Baca juga: Gagal Tiru Resepi Khairul Aming, Gelagat Lelaki Ini Buat Netizen Komen Pecah Perut

HARGA AYAM PERCIK MAHAL, TAPI DAPAT TULANG DAN SISA

Dalam hantaran yang kini tular dengan lebih 700 reaksi, pelanggan itu turut berkongsi gambar ayam percik yang dibelinya dengan harga RM7.

Namun, keadaannya mengecewakan kerana hampir tiada isi yang boleh dimakan.

“Orang lain jual RM6, kau jual RM7. Orang jual ayam percik, kau bagi tulang percik. Isi pun dah habis kena ‘kikis’, @Taman Kerang,” tulisnya.

harga ayam percik

Situasi ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan ramai yang mempertikaikan kualiti makanan yang dijual.

Seorang pengguna, Muhammad Nabawi Mohammad, mencadangkan supaya pelanggan mencari alternatif lain dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya perkara ini berulang.

“Jika peniaga degil, laporkan kepada jabatan kesihatan. Insya-ALLAH mereka akan saman,” katanya.

Sementara itu, Nor Azian Iskandar meluahkan kebimbangannya terhadap harga makanan yang semakin mahal tetapi kualitinya tidak setimpal.

“Ya ALLAH… RM7 macam ni ye. Takut nak cakap mahal, nanti orang suruh buat sendiri. Yelah, barang semua naik harga,” katanya secara berseloroh.

Dalam pada itu, seorang netizen, Nana Lot, mempersoalkan bagaimana pelanggan tidak menyedari keadaan ayam tersebut sebelum membelinya.

“Itu memang tulang ayam, takkan tak tengok masa beli,” katanya.

Isu ini mendorong netizen untuk lebih berhati-hati ketika membeli makanan di bazar atau gerai. Mereka juga berharap pihak berkuasa dapat memantau harga dan kualiti makanan yang dijual agar lebih berpatutan.

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Cuci Kurma Dari Segala Kotoran, Tak Sangka Rupanya Ada ‘Ulat’!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN