resepi salad ayam

Resepi salad ayam ini adalah pilihan hidangan yang mudah dan sangat sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa, terutamanya bagi mereka yang sedang dalam proses menurunkan berat badan.

Yang paling menarik, salad ayam ini boleh disesuaikan mengikut cita rasa masing-masing. Sama ada memanggang ayam, menggoreng hingga rangup atau menggunakan ayam popcorn yang siap masak untuk lebih cepat.

Oleh itu, jika anda inginkan sarapan, makan tengah hari atau makan malam yang lebih sihat, resipi ini wajib dicuba. Gabungan ayam, salad segar dan sos yang lazat pasti memuaskan setiap suapan!

Baca juga: Cara Buat Perapan Ayam Bakar Sedap, Sesuai Untuk Wrap, Sandwic & Salad

RESEPI SALAD AYAM SEDAP

resepi salad ayam

Bahan-bahan untuk dressing salad:

  • Mayonis (boleh gunakan mayonis biasa atau chili mayo jika suka pedas)
  • Sos thousand island
  • Sos roasted sesame
  • Sos keju

Cara-cara buat dressing salad:

  1. Campurkan semua bahan untuk dressing (mayonis, thousand island, roasted sesame dan cheese sauce) ke dalam sebuah mangkuk.
  2. Kacau hingga sebati dan rata.

Bahan-bahan untuk salad:

  • Ayam (boleh pilih untuk grill atau goreng rangup)

Cara-cara menyediakan salad ayam:

  1. Grill atau goreng ayam mengikut pilihan. Jika menggunakan ayam popcorn, cuma goreng ikut arahan pada pembungkusan.
  2. Susun ayam yang sudah dimasak di atas sayur-sayuran pilihan anda (seperti salad hijau, tomato, timun dan sebagainya).
  3. Siramkan dressing salad yang telah disediakan tadi ke atas ayam dan sayur-sayuran.
  4. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Azie Maizura

Baca juga: Cara Simpan Daun Salad Agar Tahan Lama, 3 Minggu Pun Masih Segar!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN