
Terdapat banyak menu ringkas dan mudah yang boleh anda cuba. Salah satunya adalah resepi roti goreng rangup inti berlauk. Daripada roti sandwic biasa, anda boleh ubahnya menjadi hidangan yang luar biasa sedap!
Selain itu, resipi ini sangat fleksibel kerana anda boleh menggantikan inti dengan bahan lain mengikut cita rasa. Hasilnya, roti rangup dan sangat sedap selepas digoreng!
Baca juga: Jom Buat Sendiri Roti John Cheese Leleh, Lagi Puas Hati Boleh Letak Inti Lebih!
RESEPI ROTI GORENG RANGUP INTI BERLAUK

Bahan-bahan inti berlauk:
- Telur (digoreng hancur tanpa minyak)
- Ayam (direbus dan dicincang halus)
- Sosej (direbus dan dipotong nipis-nipis)
- Daun ketumbar atau daun sup (dihiris halus)
- Carrot (dihiris nipis)
- Mayonis
- Serbuk lada hitam atau serbuk lada putih
Bahan-bahan untuk roti:
- Roti Gardenia (atau roti pilihan lain)
- Tepung bestari (untuk salut)
- Air (untuk bancuhan tepung bestari)
- Minyak (untuk menggoreng)
Cara-cara penyediaan:
- Gaulkan inti berlauk bersama mayonis dan serbuk lada hitam atau serbuk lada putih.
- Belah roti kepada dua. Kemudian, letakkan inti berlauk di tengah roti dan lipatkan.
- Bancuh tepung bestari dengan sedikit air.
- Salutkan roti yang telah diisi dengan inti berlauk dalam bancuhan tepung basah.
- Kemudian golekkan pula ke dalam tepung bestari kering sebelum digoreng.
- Pastikan minyak benar-benar panas dan goreng dengan api sederhana hingga roti rangup dan keemasan.
Sumber: Mleisya Scarf Comel Sokmo
Baca juga: Cara Buat Roti Bakar Dengan 3 Bahan Mudah, Garing Bukan Main Lagi
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














