
Makanan sahur memainkan peranan penting dalam memastikan tubuh kekal bertenaga sepanjang hari ketika berpuasa. Pemilihan makanan yang tepat pada waktu sahur bukan sahaja membantu mengekalkan tenaga, tetapi juga memastikan anda tidak merasa lapar atau haus sepanjang hari.
Namun, terdapat beberapa jenis makanan sahur yang perlu dielakkan kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada tubuh, seperti menyebabkan rasa haus yang berpanjangan atau masalah pencernaan.
Baca juga: Rugi Kalau Kupas! Ini 5 Jenis Sayur Yang Lebih Baik Dimakan Dengan Kulitnya
5 JENIS MAKANAN SAHUR YANG PERLU DIELAK

1. Makanan Masin
Makanan yang terlalu masin boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan juga boleh menyebabkan anda cepat rasa haus. Contohnya seperti acar, kacang bergaram, kuaci dan makanan dalam tin yang mengandungi banyak garam.
Makanan ini akan merangsang rasa haus sepanjang hari, jadi sebaiknya elakkan atau kurangkan pengambilan makanan bergaram semasa sahur.
2. Makanan Pedas
Makanan pedas boleh menyebabkan rasa haus yang berpanjangan dan boleh mengganggu perut, terutama bagi mereka yang mengalami keradangan perut. Pedas juga boleh meningkatkan pengeluaran asid dalam perut yang berpotensi menyebabkan sakit perut. Jika perut anda sensitif, lebih baik elakkan makanan pedas sewaktu sahur.
3. Kopi
Kopi sebaiknya dielakkan waktu sahur kerana sifatnya yang boleh menyebabkan peningkatan keinginan untuk ke tandas. Kopi mengandungi bahan yang merangsang fungsi usus, menyebabkan tubuh lebih cepat membuang sisa pencernaan.
Selain itu, asid dalam kopi boleh mengganggu perut anda dan sifat diuretik kopi pula boleh menyebabkan dehidrasi, yang menjadikan puasa lebih mencabar.
4. Karbohidrat Sederhana
Makanan yang mengandungi karbohidrat sederhana seperti gula, susu, minuman bergas dan kuih-muih boleh menyebabkan anda cepat kenyang, tetapi rasa kenyang tersebut tidak bertahan lama. Ini kerana tenaga daripada karbohidrat sederhana cepat dilepaskan dalam tubuh.
Sebaliknya, pilihlah karbohidrat kompleks seperti beras perang, gandum dan oat yang memberikan tenaga secara perlahan, membantu anda kekal bertenaga sepanjang hari berpuasa.
5. Makanan Tinggi Lemak
Makanan berlemak boleh menyebabkan dua masalah. Pertama, ia boleh melambatkan proses pengosongan perut dan memperburuk masalah sembelit. Kedua, makanan berlemak boleh mempercepatkan pencernaan dan menyebabkan cirit-birit.
Untuk sahur, lebih baik pilih makanan yang lebih ringan atau sediakan makanan dengan cara yang lebih sihat, seperti menggantikan ayam goreng dengan ayam bakar.
Sumber: Hello Doktor
Baca juga: Daun Pandan vs Daun Suji, Nampak Sama Tapi Sebenarnya Berbeza!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














