curi secawan kopi

Pengetua sebuah sekolah di Jepun telah kehilangan kerja dan faedah pencen gara-gara curi secawan kopi berharga RM5.47. Kopi biasa di kedai berharga 110 yen (RM3.51), manakala saiz yang lebih besar dikenakan bayaran 180 yen (RM5.74).

Dikatakan bahawa pengetua itu hanya membayar untuk kopi biasa di mesin kedai serbaneka, selepas dituduh mengambil kopi berukuran besar, lapor Berita Harian.

Baca juga: “Mata Kasar Tak Nampak” – Tanda Kedai Makan Guna Pelaris, Ustazah Ini Kongsi Cara

Pengetua tersebut ditangkap di Takasago, kira-kira tujuh jam perjalanan dari Tokyo, setelah seorang pekerja melihatnya menekan butang untuk mengambil kopi berukuran besar pada 21 Disember lalu.

PENGETUA DIPECAT DAN HILANG PENCEN KERANA CURI SECAWAN KOPI

curi secawan kopi

Beliau dipecat dan lesen mengajarnya ditarik balik, tanpa menerima faedah pencen yang dianggarkan bernilai 20 juta yen (sekitar RM637,928), seperti yang dilaporkan oleh akhbar harian Jepun, Asahi Shimbun pada 16 Februari lalu.

Dalam siasatan bersama pegawai lembaga pendidikan di peringkat wilayah, pengetua berusia 59 tahun itu mengaku tindakannya yang melulu dan sangat menyesal. Dia mengakui menukar saiz cawan kopinya tanpa membayar sebanyak tiga kali di kedai yang sama dan empat kali di kedai lain.

Secara keseluruhan, dia membayar kurang dari 490 yen (RM15.63).

Pendakwa raya memutuskan untuk tidak mendakwa beliau selepas menerima laporan kes pencurian itu. Namun, pemecatan merupakan tindakan paling berat untuk mendisiplinkan penjawat awam, diikuti dengan gantung kerja, pemotongan gaji, dan amaran.

Seorang pegawai Lembaga Prefektur memberitahu Asahi Shimbun bahawa mereka membuat keputusan pemecatan berdasarkan kesalahan berulang setelah mengkaji kes terdahulu dan tindakan tatatertib.

Walaupun begitu, pengkritik mempersoalkan keputusan lembaga pendidikan di peringkat wilayah berhubung hukuman yang dianggap terlalu berat untuk kesalahan yang melibatkan kerugian kewangan yang kecil.

Profesor di Universiti Wanita Jepun, Takashi Sakata, berpendapat bahawa hukuman tersebut tidak seimbang kerana kerugian yang dialami adalah kecil.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Demi Peminat Makanan Jepun, FamilyMart Tamatkan Kerjasama Dengan Syarikat Israel

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN