mini bazar

Bazar Ramadan telah menjadi suatu tradisi pada setiap tahun di bulan Ramadan. Berbeza dengan peniaga lain, lelaki ini memilih untuk buka gerai berbentuk mini bazar di rumahnya.

Dengan banting berlabelkan ‘Mini Bazar Ramadhan’, lelaki itu menjual pelbagai aneka juadah berbuka puasa seperti nasi berlauk, pasta, air koktel dan kuih-muih.

Walaupun niatnya hanya untuk mempromosikan jualannya, namun video yang dimuat naik itu telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang tempatan.

Baca juga: Peniaga Terpaksa Naikkan Harga Kuih, Luah Tak Sampai Hati Tapi Tiada Pilihan Lain

LELAKI BUKA MINI BAZAR RAMADAN, NETIZEN SEBAK LIHAT TIADA PELANGGAN

@emanmhmmd moga dipermudahkan segala urusan peniaga diluar sana. #fypツ ♬ Heart touching sad piano – Yuda Pratama


Apabila melihat tiada pelanggan di gerainya, banyak komen mengatakan bahawa orang ramai perlu singgah dan menyokong peniaga tempatan terutama gerai yang kurang pengunjung.

Paling memilukan, terdapat komen supaya peniaga itu tak menyalahkan sihir jika gerai sunyi dan jualan tak laku. Namun, peniaga membalas komen itu dengan baik.

mini bazar

NETIZEN KONGSI CARA SUPAYA MINI BAZAR ITU DAPAT MENARIK RAMAI PELANGGAN

Pada masa yang sama, netizen turut kongsikan beberapa cara kepada peniaga itu supaya gerainya lebih kelihatan dan dapat menarik ramai orang untuk datang membeli jualannya.

“Berganjak ke depan sedikit, baru orang nampak.”

mini bazar

“Cari tempat yang orang selalu lalu.”

mini bazar

“Buat COD atau pickup.”

mini bazar

“Cuba letak lokasi.”

“Hari seterusnya buat live.”

RAMAI BERI SOKONGAN MORAL SUPAYA TAK PATAH SEMANGAT UNTUK BERNIAGA

Melihat pada komen tentang reaksi netizen, ramai yang memberi sokongan moral supaya peniaga itu terus bersemangat untuk berniaga pada bulan Ramadan ini.

Ada juga komen yang mengajak orang ramai untuk datang membeli di gerainya kerana sudah tahu lokasi. Selain itu, ramai yang mendoakan semoga jualannya laris mulai hari esok.

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, kami mendoakan semoga para peniaga di luar sana dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki buat mereka sekeluarga.

Semoga bermanfaat!

Sumber: emanmhmmd

Baca juga: Wanita Terkejut Beli Kuih Ada Tanah, Netizen Syak Gerai Tepi Jalan Ini Kena Sihir

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN