sambal udang petai

Resepi sambal udang petai ini memang pasti membuka selera, terutama bagi penggemar ulam petai! Walaupun petai ada bau yang agak kuat, kombinasi udang dan petai ini sangat sedap dan menggoda selera.

Kunci utama untuk sambal yang sedap adalah pastikan ia dimasak dengan minyak yang banyak dan ditumis hingga pecah minyak. Baru rasa sambalnya lebih terangkat!

Baca juga: Cara Masak Nasi Daging Utara Yang Padu, Nasi Gebu & Daging Lembut Elok!

RESEPI SAMBAL UDANG PETAI MERAH MENYALA

sambal udang petai

Bahan-bahan:

  • Bawang putih/bawang merah kisar
  • Cili kisar
  • Air asam
  • Udang goreng (setengah masak)
  • Petai
  • Garam/Gula

Cara-cara:

  1. Mulakan dengan memanaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah kisar sehingga berwarna kuning keemasan dan mengeluarkan bau harum.
  2. Masukkan cili kisar ke dalam kuali. Teruskan menumis cili ini sehingga pecah minyak
  3. Setelah cili cukup masak, masukkan sedikit air asam untuk memberi rasa masam. Tumis lagi untuk beberapa minit supaya air asam sebati dengan bahan-bahan lain,
  4. Masukkan petai yang telah dikupas dan bawang yang dihiris bulat. Tumis sehingga petai sedikit layu dan bawang menjadi lebih lembut
  5. Masukkan udang yang telah digoreng separuh masak ke dalam sambal. Gaul rata supaya udang sebati dengan sambal.
  6. Perasakan dengan garam dan gula mengikut cita rasa untuk memberi keseimbangan rasa masin dan manis yang sedap

Selamat mencuba!

Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad

Baca juga: Resipi Sayur Bendi Goreng Udang, Ikut Tips Ini Supaya Tak Jadi Berlendir!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN