resepi puding coklat

Mak-mak pantang kalau ada masa lapang, mesti nak juga buat pencuci mulut. Lebih-lebih lagi kalau dapat tahu tentang resepi Puding Coklat, lagilah teruja nak cuba buat.

Puding Coklat adalah hidangan pencuci mulut dengan perasa coklat yang dibuat dari campuran susu, gula, serbuk coklat dan agar-agar atau gelatin sebagai pengental.

Resepi Puding Coklat yang dikongsikan oleh Shaa Mimi di Facebook ini buat ramai tertarik kerana acuan pudingnya sangat cantik. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Puding Coklat Paling Senang, Kena ‘Lorek’ Dengan Garfu Baru Lapisan Tak Bergerak

RESEPI PUDING COKLAT

resepi puding coklat

Bahan-bahan:

  • 2 paket agar-agar tali
  • Air secukupnya (untuk rebus agar-agar tali)
  • 3 keping roti
  • 1 tin susu pekat
  • 2 sudu serbuk koko, milo atau coklat
  • Secubit garam
  • 6 hingga 7 sudu gula pasir
  • Bekas acuan

Cara-cara:

1. Satu periuk air penuh periuk Dessini saiz sebesar ini, gunakan 2 paket agar-agar tali.

2. Potong agar-agar tali. Kuatkan api atas dapur gas. Kacau 5 minit awal sahaja. Kemudian tinggalkan hingga ia cair dan halus (ambil masa 30 minit). Kacau 5 minit untuk sebatikan satu periuk air ni. Perlahankan api (buat api sederhana).

3. Sediakan 3 keping roti untuk dikisar.

4. Tuangkan susu pekat. Masukkan air agar-agar tali yang dah masak tadi ke dalam blender untuk dikisar dengan roti tadi dan susu pekat (jangan guna air lain selain dari air agar-agar tali yang dimasak tadi)

5. Masukkan pula 2 sudu serbuk koko, milo atau coklat (saya guna serbuk koko Dark Brown). Kisar semua.

6. Dah siap kisar, tuang ke dalam periuk agar-agar tadi, kemudian kacau sehingga sebati. Jika warna pudar, terus tambah 2 sudu serbuk koko lagi ke dalam periuk ini. Kacau sebati dan jangan sampai berketul.

7. Jika nak tambah lemak manis, tambahkan susu pekat lagi.

8. Tambah secubit garam, gula pasir untuk rasa lemak manis (tak manis sangat, rasanya memang lemak manis sebab serbuk koko ini memang kaw)

9. Akhir sekali siap sedia untuk masuk dalam acuan dan letak dalam peti sejuk. Siap!

resepi puding coklat

Jangan lupa untuk ikut resepi Puding Coklat ini langkah demi langkah supaya puding anda gebu dan tak pecah. Lemak manisnya memang sedap sangat.

Selamat mencuba!

Sumber: Shaa Mimi

Baca juga: Resipi Puding Coklat Milo Yang Kurang Manis, Tekstur Pun Lebih Lembut!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN