PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-09-09 05:10:42

Sebut sahaja tentang Biskut Bangkit Kelapa, pasti nostalgia di kampung mula terlintas di fikiran. Kuih tradisional ini cukup popular dan menjadi kegemaran ramai sehingga kini. Apa kata kali ini korang cuba sendiri resipi biskut bangkit kelapa yang dikongsi oleh Shanasz Aisy menerusi Facebook. Nampak macam sedap dan mudah!

Kredit: Shanasz Aisy

 

Bahan-bahan:

  • 2 ½ cawan tepung ubi
  • 1 ½ cawan tepung gandum cap ros
  • 1 biji telur
  • 1 buku mentega atau boleh ganti marjerin 250g
  • 1 cawan gula
  • 1 penutup esen vanilla
  • 2 cawan kelapa parut di sangai tanpa minyak

 

Cara-caranya:

  1. Masukkan mentega, gula, esen vanilla dan telur ke dalam bekas. Kemudian, pukul sehingga kembang dan sebati. Sambil memukul adunan, masukkan tepung sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan.


    Kredit: Shanasz Aisy
     

  2. Kemudian, masukkan kelapa, gaul rata uli sampai tak melekat di tangan. Selepas itu, masukkannya ke dalam acuan biskut sperti dalam gambar atau terpulang mengikut citarasa masing-masing.


    Kredit: Shanasz Aisy
     

  3. Terap bakar selama 20 minit atau keperangan. Pastikan anda memanaskan dahulu ketuhar dengan suhu 160 darjah celcius.
     
  4. Apabila sudah cukup masak, biarkan ia sejuk seketika. Kemudian, masukkan dalam bekas kedap udara.


    Kredit: Shanasz Aisy

 

Siap! Kini anda boleh menikmatinya di rumah sambil menonton rancangan kesukaan bersama keluarga. Selamat mencuba!


Kredit: Shanasz Aisy

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending