PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2019-04-19 08:08:04

Buat anda yang berkerjaya, pastinya masa agak terhad dan susah untuk anda ke pasar membeli barang basah secara harian. Hujung minggulah masa paling sesuai untuk anda ke pasar. Dan pastinya anda akan beli barang basah dengan kuantiti yang banyak. Kadang risau pula jika barang basah tidak tahan lama dan kurang segar. Jadi, kami akan kongsikan cara supaya barang basah seperti ikan, udang dan ayam tetap kekal segar setelah seminggu.

KEKALKAN KESEGARAN IKAN

1. Jangan terus simpan ikan di dalam peti sejuk tanpa mencuci dan buang kotoran ikan. Ini akan memudahkan kerja jika anda terus mencuci ikan sebelum menyimpannya dalam peti sejuk. 

2. Cuci ikan dan buangkan segala kotoran & isi perut ikan.

3. Buang air yang ada setelah anda basuh ikan.

4. Masukkan ikan ke dalam beg plastik, ikat ketat dan simpan dalam peti sejuk.

5. Anda juga boleh letakkan ikan di dalam bekas kedap udara seperti Tupperware untuk kekalkan kesegaran ikan. 

6. Anda juga boleh balut ikan anda dengan plastic wrap dan simpan dalam peti sejuk.

7. Ikan anda akan kekal segar dalam masa beberapa hari.

*Boleh juga balut ikan dengan surat khabar lama dan simpan dalam peti sejuk.

*Cara ini juga boleh digunakan untuk sotong dan udang.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN