punca buah pinggang rosak

Tahukah anda, punca buah pinggang rosak berkait rapat dengan makanan yang diambil pada setiap hari. Sebab itulah kita kena mengambil berat mengenai buah pingang kita dan perlu menjaganya dengan sebaik mungkin.

Buah pinggang merupakan organ dalaman yang sangat penting dalam tubuh badan manusia. Ia berfungsi untuk mengeluarkan sisa pembuangan melalui air kencing, menghasilkan hormon dan menapis toksin serta cecair tambahan dalam darah manusia.

Oleh itu, mari MyResipi kongsikan beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kerosakan kepada buah pinggang.

Baca juga: Bukan Sekadar Mitos, Ini 21 Petua Dapur Orang Dulu-Dulu Yang Dijamin Berkesan!

5 MAKANAN INI PUNCA BUAH PINGGANG ROSAK

1. AIR MANIS/AIR BIKARBONAT

Air bikarbonat mempunyai kandungan gula dan sodium dan tinggi. Air gas boleh bertindak mengeringkan tubuh badan manusia untuk jangka masa lama.

Paling bahaya, ia juga boleh menyebabkan dehidrasi kronik yang memperi impak kepada fungsi buah pinggang, kerosakan hati serta otot.

Menurut sumber, jika mengambil ais bikarbonat selama 2 minggu berturut-turut juga akan menyebabkan risiko terkena kencing manis.

2. MAKANAN SEGERA/SNEK/JAJAN

Makanan segera seperti burger, kentang goreng  dan sebagainya mengandungi sejumlah besar karbohidrat, gula, lemak tidak sihat dan natrium.

Natrium yang berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit buah pinggang serta risiko batu karang.

Selain itu, antara kesan lain memakan makanan segera adalah akan sering berasa lesu, masalah kulit muka, perut kembung, sembelit, risiko kegemukan, meningkatkan keradangan, gigi akan cepat reput dan banyak lagi.

3. MAKANAN BERWARNA-WARNI

Pewarna sering digunakan dalam makanan untuk menarik perhatian pembeli serta menyebabkan makanan kelihatan lebih menarik. Namun, ada banyak kesan pewarna makanan buat tubuh badan.

Bahan pewarna, bahan pengawet dan bahan perasa boleh menyebabkan tubuh mudah berasid serta boleh melemahkan sistem imun tubuh badan. Selain itu, ia juga boleh memberi kesan buruk kepada organ permukuman seperti buah pinggang dan hati.

4. MAKANAN TINGGI PERASA DAN MASIN

Pengambilan makanan yang tinggi perasa dan garam berpotensi mempercepatkan pembentukan batu buah pinggang.

5. MEE SEGERA

Sepeket mee segera mengandungi 861 mg sodium atau natrium atau lebih. Ia datang dalam bentuk perasa dang aram yang terkadnung di dalam peket tersebyt.

Pengambilan natrium yang berlebihan boleh mengundang penyakit seperti serangan jantung, tekanan darah tinggi, dan kerosakan buah pinggang.

Sumber: Tiktok djuemedicofficial

Baca juga: Jangan Ikut ‘Trend’ Beli Perkakas Dapur Murah & Viral, Ahli Kimia Kongsi Kesannya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN