
Walaupun ada banyak cara untuk buat donat yang lembut dan gebu, tapi kami begitu tertarik dengan resepi Donat simple tanpa menggunakan telur dan susu ini.
Donat adalah salah satu kuih tradisional yang terkenal di Malaysia. Dengan menggunakan bahan asasnya, ia akan diuli menjadi doh dan digoreng dalam minyak yang panas.
Noviyanti Dewi telah kongsikan resepi Donat simple di Facebook yang sangat jimat. Walaupun tanpa telur dan susu, hasilnya yang gebu cukup memuaskan. Jom kita cuba!
Baca juga: Trik Buat Donat Gebu Tanpa Telur, Dah Sejuk Pun Tetap Lembut Teramat!
RESEPI DONAT SIMPLE

Bahan-bahan:
- 250gram tepung gandum
- 40gram gula
- 4gram yis
- 2gram garam
- 35gram marjerin
- 140gram air ais
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, masukkan tepung, gula dan yis ke dalam mangkuk terlebih dahulu, kemudian gaul dengan spatula sampai rata.
2. Selepas itu, masukkan marjerin, garam dan air, kemudian gaul sampai rata.
3. Seterusnya, uli dengan tangan sehingga menjadi doh.
4. Gaul pada kelajuan sederhana sampai licin dan elastik (langkah ini penting untuk buat donat yang lembut dan gebu).
5. Kemudian, potong, timbang dan bulatkan doh mengikut berat yang dikehendaki (saya guna 35gram).
6. Selanjutnya, rehatkan doh selama 10 hingga 15 minit.
7. Setelah itu, cetak dan periksa doh sampai mengembang dua kali ganda.
8. Kemudian, anginkan donat semasa memanaskan minyak (lebih kurang dalam 10 minit).
9. Seterusnya, goreng pada suhu 160 hingga 170ºC sampai masak kedua-dua belah (putar sekali saja).
10. Akhir sekali, tunggu sampai donat menjadi suam, kemudian salut dengan gula halus.

Anda boleh gunakan resepi Donat simple ini untuk menyediakan sarapan atau minum petang yang lazat di rumah. Selain itu, boleh gunakan kreativiti untuk jadikannya donat yang menarik.
Sebagai contoh, anda boleh salutkan donat dengan coklat ganache dan hias dengan sprinkles. Jika nak buat donat berinti jem atau kastard pun sedap juga.
Selamat mencuba!
Sumber: Noviyanti Dewi
Baca juga: Cara Membuat Donat Kapas, Letak Satu Bahan Jadi Gebu Macam Bantal
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM













