
Semua orang pernah hadapi masalah bau ayam yang tak hilang-hilang walaupun dibersihkan banyak kali. Sebenarnya, ada cara hilangkan hanyir ayam itu dengan mudah.
Ayam sering digunakan untuk menghasilkan pelbagai hidangan yang sedap. Boleh dikatakan, setiap hari orang gunakan ayam kerana ia mudah dimasak di rumah.
Namun, terdapat satu masalah yang sering dihadapi semasa menggunakan ayam iaitu bau hanyir yang agak sukar dihilangkan. Basuh banyak kali sekalipun, baunya tetap ada.
Bau hanyir ayam boleh mengganggu hasil masakan menjadi kurang enak. Tambahan pula, ia boleh membuatkan peti sejuk di rumah jadi berbau setelah dibuka.
Oleh kerana ramai yang hadapi masalah ini, jadi kami nak kongsikan cara hilangkan hanyir ayam yang mudah dan pantas dengan menggunakan dua bahan saja. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: Cara ‘Defrost’ Ayam Sepantas 5 Minit, Sekejap Je Dah Boleh Guna Untuk Masak!
CARA HILANGKAN HANYIR AYAM

Bahan-bahan:
- Tepung gandum
- Lemon
Cara-caranya:
1. Mula-mula, guna tepung gandum dan tabur ke dalam bekas ayam mengikut kuantiti yang nak dicuci (saya tabur 4 sudu tepung).

2. Gaulkan ayam bersama tepung gandum tadi dengan sepenuhnya, kemudian biarkan seketika.

3. Selepas itu, cuci ayam dengan menggunakan air bersih dan bilas dalam dua kali.

4. Kemudian, tapiskan air dan susun ayam dalam bekas yang bersih serta tertutup rapi.
5. Akhir sekali, potong hirisan lemon dan susun ke dalam bekas ayam tadi.

Kami yakin anda pasti terkejut dengan hasilnya setelah menggunakan cara hilangkan hanyir ayam ini. Bukan saja bau hanyir ayam itu hilang, malah ayam akan kekal segar bersama lemon.
Tak dinafikan bau lemon yang segar dapat membantu untuk menghilangkan bau hanyir ayam yang menusuk ke hidung. Dengan cara ini, dapatlah mengelakkan masakan jadi kurang sedap.
Jangan lupa untuk kongsikan cara ini kepada keluarga dan kawan-kawan yang suka memasak di rumah. Paling penting, ayam sudah tak berbau dan sentiasa segar untuk digunakan.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Thiihomes
Baca juga: Cara Lembutkan Ayam Kampung, Guna Jus ‘Ini’ Confirm Isi Tak Keras Lagi
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM













