
Sambal kelapa nasi kerabu adalah salah satu bahan penting yang mesti ada dalam hidangan nasi tradisional negeri Kelantan ini.
Ada banyak resepi sambal kelapa di luar sana, kali ini MyResipi nak kongsikan beberapa tip supaya sambal kelapa yang dihasilkan rasa lebih sedap dan padu.
Perkongsian ini telah dikongsikan oleh Encik Ben Safwan, seorang pengguna Facebook yang tidak lokek dalam berkongsi ilmu masakan dengan orang ramai.
Baca juga: Resipi Lengkap Nasi Kerabu Bunga Telang Kelantan, Pasti Teringat-Ingat!
PETUA SAMBAL KELAPA NASI KERABU YANG SEDAP

1. Penyediaan Kelapa
Mulakan dengan kelapa parut. Pastikan ambil lapisan putih kelapa sahaja, jangan ambil yang berwarna coklat. Kemudian, sangai kelapa dengan api kecil. Jangan biarkan kelapa terlalu cepat hangus. Proses ini adalah langkah pertama dalam penyediaan sambal kelapa.
2. Pilih Ikan Segar
Pilih ikan segar dari keluarga selayang atau sardin untuk mendapatkan rasa yang lebih asli.
3. Penyediaan Ikan
Rebus ikan segar, kemudian buang tulang dan kisar sedikit untuk mendapatkan tekstur yang lebih halus. Setelah itu, Letakkan semula ikan dalam kuali dan sangai sampai air dalam ikan kering. Ini langkah kedua untuk pastikan ikan rasa lebih sedap dan tahan lama.
4. Menyangai Ikan
Apabila isi ikan berderai dan sudah kering, ini tandanya bahawa ikan telah siap untuk dicampur dengan bahan-bahan lain.
5. Campurkan Semua Bahan
Sekarang, boleh campurkan isi ikan dengan bahan-bahan seperti bawang, lada hitam, gula melaka, garam dan gula. Kemudian, tambahkan kelapa yang telah disangai. Nisbah bahan-bahan ini perlu disesuaikan supaya rasa sambal kelapa lebih terasa.
Gaul semua bahan dengan rata dan teruskan menyangainya sehingga sambal kelapa kelihatan kering dan bersinar. Ini adalah langkah ketiga dalam proses pembuatan sambal kelapa.
6. Sedia Untuk Dimakan
Sambal kelapa ikan dah siap dan boleh terus digunakan. Kalau ada lebihan, simpan dalam plastik kecil dan letak dalam peti sejuk. Bila nak makan semula, hanya perlu biarkan ia lembut, kemudian sangai semula sekejap sehingga warnanya kembali cantik.
Sumber: Ben Safwan
Baca juga: ‘Rahsia’ Masak Gulai Kawah Cara Kelantan, Memang Menjilat Jari!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














