resepi pes tomyam homemade

Sementara menanti bulan Ramadan yang bakal tiba, banyak persediaan perlu dibuat terutamanya untuk memasak. Oleh itu, bolehlah belajar resepi pes tomyam homemade.

Pes adalah cecair pekat dihasilkan daripada rempah-ratus, bawang, cili dan lain-lain yang dikisar dengan lumat. Oleh kerana pes sudah siap ditumis, kerja memasak jadi lebih pantas.

Walaupun banyak pes segera di pasaran, namun anda akan rasa lebih puas hati apabila membuatnya sendiri di rumah. Lebih-lebih lagi, ia terjamin asli dengan air tangan sendiri.

Melalui perkongsian oleh Amirah di Lemon8, resepi pes tomyam homemade ini cukup mudah dibuat dan anda boleh gunakan pada bila-bila masa yang disukai. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Pes Asam Jawa Dengan 2 Bahan, Senang Tak Perlu Buang Biji Lagi

RESEPI PES TOMYAM HOMEMADE

resepi pes tomyam homemade

Bahan-bahan:

  • 2 biji bawang besar
  • 4 biji cili merah
  • 10 biji cili kering
  • 2 inci lengkuas
  • 4 batang serai
  • 2 sudu udang kering
  • 6 helai daun limau purut
  • 2 inci belacan (dibakar)
  • Air asam jawa, gula dan garam

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, kisar semua bahan kecuali asam jawa, garam dan gula bersama sedikit air.

2. Selepas itu, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau.

3. Kemudian, boleh masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.

4. Seterusnya, masak sampai pecah minyak dan menjadi pes.

5. Akhir sekali, sejukkan dan boleh simpan dalam peti sejuk.

resepi pes tomyam homemade

Kredit Gambar: stockking dari Freepik

Bukan untuk masak tomyam saja, tapi pes tomyam homemade ini dapat membantu anda di dapur untuk menyediakan pelbagai hidangan lazat di rumah.

Sebagai contoh, anda boleh gunakan pes ini untuk buat bihun goreng tomyam yang sedap. Selain itu, nak buat nasi goreng tomyam dan mee tomyam pun boleh.

Selain resepi pes tomyam homemade yang kami kongsikan ini, ada banyak lagi resipi yang ada. Tinggal pilih saja untuk buat pes yang disukai, terus dapat masak sepuas-puasnya.

Selamat mencuba!

Kredit gambar muka depan: Amirah dari Lemon8, stockking dari Freepik

Sumber: Amirah

Baca juga: Resepi Rempah Kari Homemade, Boleh Simpan Dalam Bekas Siap-Siap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN