resepi roti bakar

Resepi roti bakar daging keju adalah hidangan mudah dan cepat disediakan, sesuai untuk sarapan, kudapan atau hidangan ringan bersama keluarga.

Kalau anda mahukan kelainan, boleh cuba resipi di bawah yang merupakan perkongsian oleh Puan Zainor Shima Ihsan. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Roti Celup Telur Sardin, Anak-Anak Cakap Sedap Tak Tipu!

RESEPI ROTI BAKAR DAGING KEJU

resepi roti bakar

Bahan-bahan:

  • 1 pek roti sosej yang kecil
  • 1 pek daging kisar – jenama Ramly
  • 2 biji bawang besar – potong dadu
  • 4 ulas bawang putih – cincang
  • 2 biji tomato – potong dadu
  • 1 biji timun Jepun – potong dadu
  • 1 senduk campuran sayur (mix vegetable)
  • 2 senduk cili kisar
  • 3 sudu besar serbuk oregano
  • 2 keping daun bay
  • 2 sudu besar daun parsley kering
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 5 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Serbuk lada hitam / lada putih
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • ½ cawan air panas
  • Gula pasir dan Garam
  • Minyak masak
  • 2 senduk cheddar cheese – diparut
  • Keju mozzarella – taburan atas roti

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tomato cincang. Masak hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan daging kisar. Gaul sebati dan biarkan seketika.
  2. Selepas itu, masukkan daun bay agar hilang bau hanyir dari daging. Bila sudah sedikit masak, masukkan air panas.
  3. Kemudian, tambah sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap manis, serbuk cili, lada hitam, gula pasir, garam, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan campuran sayur (mix vegetable). Biarkan renih seketika hingga sedikit pekat dan likat. Akhir sekali, masukkan cheddar cheese. Gaul seketika hingga cair. Tutup api dan biarkan sejuk seketika.
  4. Potong roti sosej di tengah dan buat bentuk 4 segi panjang. Isikan inti daging, kemudian taburkan keju mozzarella di atasnya. Bakar dalam oven pada suhu 170°C selama 10 minit.
  5. Dah siap! Hidangkan dengan sos keju di atas roti.

Sumber: Zainor Shima Ihsan

Baca juga: Resipi Roti Goreng Budak Sekolah, Rangup Dan Tak Serap Minyak!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN